Topik diikuti
Pergi ke BHkuURA tawar tapak seluas 4 padang bola bagi pembangunan di Pusat Serantau Woodlands
Penjualan kawasan 2.75 hektar jadi mangkin pembangunan strategik di Laluan Woodlands Thomson-East Coast yang baru
URA tawar tapak seluas 4 padang bola bagi pembangunan di Pusat Serantau Woodlands
SATU tapak putih seluas 2.75 hektar di Pusat Serantau Woodlands telah ditawarkan untuk dijual oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) di bawah senarai simpanan program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS), bagi separuh kedua tahun ini.
Menurut kenyataan URA semalam, tapak putih itu memiliki lokasi strategik iaitu di atas stesen Laluan Woodlands Thomson-East Coast (TEL) yang baru.
