Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

URA teliti kegunaan banglo milik usahawan kripto, Zhu Su

Oct 11, 2023 | 06:55 PM



Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) sedang meneliti kegiatan yang dijalankan di Banglo Kelas Baik (GCB) yang dikaitkan dengan pengasas bersama dana mata wang kripto, Three Arrows Capital yang gagal, Zhu Su.

Laporan sebelum ini mengatakan banglo tersebut, yang terletak di Yarwood Avenue, kini menjadi tapak ladang bandar yang diuruskan oleh Abundant Cities, sebuah syarikat yang diasaskan bersama oleh isteri Zhu, lapor The Business Times.


“URA sedang menghubungi pengendali di premis ini untuk memastikan jenis dan skala aktiviti ini dan akan menentukan tindakan seterusnya,” kata jurucakapnya pada Selasa.

Halaman belakang banglo seluas 31,862 kaki persegi itu telah diubah menjadi ladang bandar digelar Yarwood Homestead, yang mempunyai beberapa barisan tanaman, ruang untuk ayam dan sebuah kolam ikan yang asalnya adalah kolam renang.

Syarikat itu juga telah menganjurkan lawatan berpandu dan sesi jamuan makan swasta di tapak Yarwood Avenue sekurang-kurangnya sejak awal 2023.

Perniagaan dari rumah (HBB) dibenarkan di premis kediaman swasta dan tidak memerlukan kelulusan URA.

Namun, ini dengan syarat saiz perniagaannya berskala kecil dan premis tersebut terus digunakan terutamanya sebagai perumahan, kata jurucakap URA.

“Pemilik rumah swasta yang ingin menjalankan kegiatan pertanian berskala kecil di rumah mereka boleh menulis kepada URA untuk bertanya sama ada cadangan berkenaan layak di bawah garis panduan perniagaan dari rumah,” tambahnya.

Zhu dan isterinya, Evelyn Tao, membeli banglo tersebut, yang merupakan jenis perumahan berhalaman paling berprestij di Singapura, pada harga $48.8 juta, di bawah satu perjanjian amanah untuk seorang kanak-kanak. Pembelian itu selesai pada Mac 2022.

Hartanah tersebut menarik perbincangan pada pertengahan 2022 selepas berlakunya masalah berkaitan syarikat Three Arrows yang berpangkalan di Singapura, dan menyebabkan kehilangan sebahagian besar nilai pasaran mata wang kripto itu.

Namun, pembubar bagi Three Arrows dikatakan telah menumpukan perhatian kepada usaha mendapatkan semula aset milik syarikat itu ataupun yang diperoleh dengan mengguna dana syarikat tersebut.

Banglo di Yarwood Avenue itu berada di bawah kawalan pasangan itu.

Zhu telah ditahan di Lapangan Terbang Changi pada 29 September lalu, ketika cuba keluar dari Singapura.

Dia dijatuhi hukuman penjara empat bulan di bawah perintah komital yang dikeluarkan Mahkamah Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >