Ura-ura longgar peraturan beli rumah di Johor tidak semesti tarik pembeli warga asing
Premium
Ura-ura longgar peraturan beli rumah di Johor tidak semesti tarik pembeli warga asing
Ejen hartanah dan pengamat nasihat pembeli S'pura selidik potensi jangka panjang
Nov 22, 2017 | 5:30 AM

BEKALAN MELEBIHI PERMINTAAN: Estuari Gardens di Iskandar Puteri ini antara kawasan perumahan baru di Johor yang giat dipasarkan. - Foto fail -
URA-URA kerajaan Johor menimbangkan kemungkinan melonggarkan peraturan pemilikan hartanah oleh warga asing memang telah dijangkakan dan disebabkan itulah warga Singapura tidak perlu terburu-buru membelinya untuk pelaburan kerana bekalan yang kini berlebihan tidak menjanjikan keuntungan dalam jangka pendek.
Mereka yang berniat membeli hartanah untuk usia bersara tentunya menantikan kelonggaran peraturan itu yang mungkin melibatkan pengurangan batas harga RM1 juta ($325,745) dan ke atas yang ditetapkan sekarang bagi warga asing.

