Premium
Usaha pastikan industri maritim tidak tenggelam
Dana $10j diperuntuk bagi dorong pertumbuhan syarikat start-up di sini dalam usaha jadikan S'pura 'Silicon Valley' dunia kelautan
Apr 21, 2021 | 5:30 AM
PERKUKUH SEKTOR: Encik Chee mengumumkan pelbagai inisiatif inovasi dan pendigitalan bagi industri serta sokongan lebih kukuh untuk syarikat pemula dalam sektor kelautan semasa berucap di Persidangan Teknologi Kelautan Singapura semalam. - Foto MPA -
SINGAPURA bermatlamat menjadi 'Silicon Valley' dalam dunia kelautan, yang menghimpunkan idea dan bakat untuk membangunkan huraian kelautan inovatif yang boleh mengubah industri, kata Menteri Negara Kanan (Pengangkutan merangkap Ehwal Luar), Encik Chee Hong Tat.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai ini, Singapura akan memperuntukkan sebanyak $10 juta dari Dana Inovasi Kelautan dan Teknologi (Mint) bagi mendorong pertumbuhan syarikat start-up (pemula) teknologi kelautan di negara ini.

