Premium
Usahawan lawan badai Covid-19, buka salun baru
Perniagaan dalam talian rancak, bahkan berlipat tiga kali ganda
Aug 24, 2020 | 5:30 AM
(Gambar kiri) KREATIF: Penata gaya rambut Eri Su sudah mempunyai ramai pengikut di media sosial kerana berpengalaman lebih 14 tahun dalam bidang seni kecantikan rambut dan bekerja dengan selebriti antarabangsa. (Gambar kanan) GABUNG BAKAT: Jai Wahab (kanan) bersama Eri Su dalam pelancaran salun Eri Su di Bali Lane pada awal Julai lalu. - Foto-foto ERI SU -
SEDANG banyak syarikat terpaksa menukar strategi perniagaan bahkan ada yang gulung tikar akibat kesan Covid-19, usahawan Jai Wahab berjaya melawan arus dengan membuka sebuah salun hasil gabungan pendandan rambut muda berbakat, Eri Su.
Salon Eri Su di Bali Lane dilancarkan pada 1 Julai lalu dengan modal $200,000, enam bulan selepas tertangguh daripada perancangan awal.

