Usahawan Melayu pertama jadi Presiden Semangat Keusahawanan
Premium
Usahawan Melayu pertama jadi Presiden Semangat Keusahawanan
Nov 18, 2016 | 5:30 AM
PUPUK SEMANGAT KEUSAHAWANAN: Encik Sa'at ingin melihat lebih ramai usahawan yang lahir di Singapura. Bersamanya ialah isteri beliau, Cik Michelle, di pejabat mereka di Silicon+. - Foto JOHARI RAHMAT -
PENGASAS dan Pengarah Kreatif agensi rekaan dan komunikasi Silicon+, Encik Sa'at Ismail, telah dilantik sebagai Presiden Semangat Keusahawanan (SOE) bermula tahun depan.
Beliau merupakan presiden kesepuluh dan presiden Melayu pertama bagi SOE, sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan yang dibentuk pada 2002 untuk mengiktiraf usahawan setempat dan memupuk semangat keusahawanan di Singapura.

