Veteran dalam bidang masakan Melayu buka restoran keempat
Premium
Veteran dalam bidang masakan Melayu buka restoran keempat
Syarikat makanan dan minuman (F&B) menghadapi persaingan sengit dalam sekitaran perniagaan yang sukar. Namun, terdapat beberapa restoran yang masih dapat meluaskan perniagaan mereka dalam tempoh yang mencabar ini. NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) meninjau.
May 13, 2016 | 5:30 AM
PERKEMBANGAN NIAGA: Kerja ubah elok sedang dijalankan bagi menyiapkan Restoran Pondok Kartika di Mapletree Business Centre II yang dijangka dibuka bulan depan. - Foto PONDOK KARTIKA -
SEDANG syarikat lain mengecilkan perniagaan, pemilik restoran Desa Kartika, Cik Rosnani Gani, mengambil peluang meluaskan perniagaannya.
Kerja ubah elok sedang giat dijalankan bagi membuka restoran Pondok Kartika di bangunan komersial dan pejabat Mapletree Business City II, Maritime Square, di Pasir Panjang.

