Ekonomi & Kerja
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Virgin Atlantic cadang potong 3,000 pekerjaan

May 5, 2020 | 9:33 PM
TEKANAN EKONOMI: Syarikat penerbangan Virgin Atlantic, telah mengumumkan langkah membuang sekitar 3,000 pekerjaan di United Kingdom dan menamatkan operasi di lapangan terbang Gatwick. 
TEKANAN EKONOMI: Syarikat penerbangan Virgin Atlantic, telah mengumumkan langkah membuang sekitar 3,000 pekerjaan di United Kingdom dan menamatkan operasi di lapangan terbang Gatwick.  - - Foto: REUTERS

LONDON: Syarikat penerbangan, Virgin Atlantic, telah mengumumkan langkah membuang sekitar 3,000 pekerjaan di United Kingdom dan menamatkan operasi di lapangan terbang Gatwick.

Pengumuman mengejutkan itu tiba selepas pesaingnya, British Airways, menyatakan bahawa ia tidak menolak kemungkinan menamatkan operasi di Gatwick.

Kesatuan juruterbang, Bapla, menyifatkan ia sebagai satu pukulan hebat.

Banyak syarikat penerbangan kini terkapai-kapai akibat pandemik koronavirus yang melumpuhkan industri penerbangan sedunia.

Virgin Atlantic pada masa ini menggajikan kira-kira 10,000 pekerja.

Virgin Atlantic, yang kini dalam proses memohon pinjaman kecemasan dari kerajaan, berkata pekerjaan akan dipotong di setiap peringkat.

"Ini merupakan satu pukulan dahsyat untuk perusahaan penerbangan dan ia jelas membuktikan keadaan genting yang dihadapi industri penerbangan UK," kata Balpa.

Setiausaha Agung kesatuan, Encik Brian Strutton, berkata: "Anggota kami dan semua kakitangan Virgin Atlantic sangat terkejut dengan berita ini. Kami akan menentang Virgin bersungguh-sungguh demi memastikan kewajaran langkah yang diambil."

Virgin Atlantic juga bercadang mengurangkan jumlah pesawat dari 45 kepada 35 menjelang musim panas 2022.

Ia berharap dapat mengembalikan kira-kira 60 peratus keupayaan penerbangannya di penghujung 2020. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg