Topic followed successfully
Go to BHkuWadah dalam talian hubungkan pemilik rumah dengan pembekal bagi ubah elok
Premium
Wadah dalam talian hubungkan pemilik rumah dengan pembekal bagi ubah elok
Industri teknologi telah menerima banyak perhatian media sejak beberapa bulan kebelakangan ini selepas beberapa syarikat gergasi teknologi mengurangkan jumlah tenaga kerja mereka di merata dunia. Ini sebagai langkah penyesuaian dalam iklim ekonomi pascapandemik. Bagaimanapun keadaan ini tidak menghambat semangat keusahawanan beberapa anak watan untuk meneroka sektor teknologi dan mencipta nilai untuk pengguna menerusi teknologi. BERITA HARIAN melaporkan.
Mar 28, 2023 | 5:30 AM
Wadah dalam talian hubungkan pemilik rumah dengan pembekal bagi ubah elok
SEMASA tempoh pandemik, bermacam kes penipuan yang membelenggu industri ubah elok telah menarik perhatian Encik Muhammad Fadhil Kamal dan menyedarkannya mengenai jurang dalam pasaran itu.
Dengan bersandarkan teknologi, Encik Muhammad Fadhil bersama empat kawan rapatnya, bergabung tenaga untuk mencipta satu wadah 'renotech' atau teknologi ubah elok.
