Wakaf Al-Huda raih untung lebih optimum selepas jalani peningkatan
Premium
Wakaf Al-Huda raih untung lebih optimum selepas jalani peningkatan
Jan 29, 2018 | 5:30 AM

BENEFISIARI WAKAF AL-HUDA: Masjid Al-Huda, yang berusia lebih 110 tahun, dijangka menikmati pulangan lebih baik pada masa depan hasil daripada projek perumahan mewah Alias Villas. - Foto BH oleh M.O. SALLEH -
WAKAF Al-Huda di Jalan Haji Alias, dekat Sixth Avenue, kini menjadi satu lagi contoh hartanah wakaf yang dapat meraih pulangan lebih menguntungkan selepas menjalani pembangunan di bawah Skim Peningkatan Wakaf (WRS).
Selain mempunyai masjid lebih moden iaitu Masjid Al-Huda, tersergam di atasnya kini adalah Alias Villas yang menawarkan enam unit rumah kelompok mewah semi-d.

