Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Waktu 'terkurung' Cef Akmal buat kajian, susun syarikat

Pandemik Covid-19 telah menjejas dunia. Syarikat-syarikat milik peniaga Singapura juga tidak terkecuali apabila perniagaan dan peluasan mereka terjejas. BERITA MINGGU (BM) menemu ramah dua peniaga Singapura di luar negara untuk melihat perkembangan mereka.
Nov 22, 2020 | 05:30 AM



SEPERTI banyak syarikat di serata dunia, pandemik Covid-19 telah meninggalkan kesan ke atas Cef Akmal Anuar, apabila beliau memulakan perniagaan konsultasi makanan dan minumannya di Dubai tahun lalu.



Meskipun perniagaannya terjejas oleh pandemik itu tetapi pemilik White Rice Consultancy itu menganggap 'tempoh lengang' itu sebagai masa untuknya melakukan kajian dan pengembangan bagi perniagaan barunya itu.



Ini kerana Cef Akmal - yang sebelum ini mengasaskan restoran pernah memenangi anugerah, 3Fils di Dubai - amat optimis dan menjangkakan permintaan akan kembali rancak pada masa depan nanti.



Sekarang sahaja, beliau sudah mula melihat adanya permintaan untuk khidmat dan kepakarannya yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang makanan dan minuman (F&B).



Buat masa ini, pelanggannya terdiri daripada syarikat global yang ingin membuka restoran seperti di Arab Saudi, Jordan, Sharjah dan New York.



Cef Akmal yang mula bertapak di Dubai pada 2014 sebagai cef di Zengo Dubai, antara jenama terkenal dunia, berkecimpung dalam dunia perniagaan apabila menubuhkan 3Fils di Pelabuhan Memancing Jumeirah, bersama dua rakan niaga lain.



Semasa dihubungi, Cef Akmal menjelaskan bahawa pandemik itu telah meninggalkan kesan pahit dalam kehidupan semua orang.



"Semua orang telah terjejas. Perniagaan merosot lebih 50 peratus.



"Pelanggan juga tidak lagi datang dan segalanya menjadi kelam. Ia merupakan satu masa yang amat mengecewakan," ujarnya yang mempunyai tiga pekerja sepenuh masa dan lazimnya menggajikan 50 orang termasuk pekerja bebas, untuk sesuatu projek.



Namun demikian, Cef Akmal bertemu 'sinar dalam kegelapan' kerana pandemik itu telah memberinya peluang untuk mengatur strategi dan perniagaannya dengan lebih rapi.



"Pandemik ini sebenarnya telah memperlahankan gaya hidup saya yang sering padat dan mendapati masa ini amat berguna untuk berhenti sekejap dan memikirkan tentang pelan perniagaan saya.



"Saya mempunyai masa untuk melakukan kajian dan menyusun syarikat. Saya telah melakukan sedikit R&D di rumah, mendapat panduan daripada peguam dan penasihat untuk mencapai matlamat perniagaan saya..." jelas lulusan kemahiran memasak Pusat Pendidikan Hotel dan Pelancongan Singapura (Shatec) itu.



Apa yang menarik juga semasa dikenakan sekatan pergerakan pada Ramadan, didorong rasa bosan, Cef Akmal mula meluangkan masa lapangnya dengan membuat tart coklat, yang kemudiannya diberikan kepada kawan-kawan.



Tanpa diduga, daripada hanya satu kegiatan mengisi masa lapang, tart coklat itu kemudian menjadi satu perniagaan.



"Sambutan diterima sangat baik, sehinggakan saya membuat banyak tart untuk dijual kepada kenalan.



"Akhirnya saya membina perniagaan berpangkalan di rumah, dengan jenama Sam Tarts dan kini kami adalah vendor berlesen menjual tart," kata beliau sambil menambah pelanggan utamanya adalah dalam golongan mewah dan kerabat diraja.



Bila ditanya tentang strateginya memandangkan ramai bergelut untuk bertakat, Cef Akmal berkata apa yang penting baginya adalah usaha membina keyakinan dan jenama kukuh jauh sebelum berlakunya Covid-19.



"Jika anda sudah ada pelanggan yang mengikuti perkembangan dan yakin dengan anda, saya fikir membuka semula atau memulakan semula perniagaan selepas pandemik tidak sukar.



"Mereka yang tidak stabil atau tidak konsisten dalam perniagaan mereka mungkin sudah tutup pun. Setelah semua ini berlalu, ramai akan sedar bahawa mutu dan penetapan harga, adalah sesuatu yang dicari," terangnya.



Walaupun keadaan mencabar sekarang, tetapi Cef Akmal optimis dalam ramalan pasca Covid-19.



Beliau perhatikan bahawa sebagai sebuah pasaran, Amiriah Arab Bersatu (UAE) menangani situasi sekarang dengan baik; perniagaan mula rancak dan orang ramai mula berbelanja.



"Terdapat ramai pelabur yang mahu membuka restoran di UAE. Pembinaan prasarana tidak berhenti dan selalu sahaja ada pembangunan baru yang memerlukan ruang runcit F&B.



"Peluang amat luas di sini," tambah beliau.



Dua projek restorannya yang bakal siap termasuk sebuah restoran berkonsep Timur Tengah dan Asia, bernama CHIE, di dalam sebuah perpustakaan digital, House Of Wisdom di Sharjah, UAE.




STRATEGI NIAGA SEMASA PANDEMIK



Mutu dan penetapan harga penting



Jika anda sudah ada pelanggan yang mengikuti perkembangan dan yakin dengan anda, saya fikir membuka semula atau memulakan semula perniagaan selepas pandemik tidak sukar. Mereka yang tidak stabil atau tidak konsisten dalam perniagaan mereka mungkin sudah tutup pun. Setelah semua ini berlalu, ramai akan sedar bahawa mutu dan penetapan harga, adalah sesuatu yang dicari.
– Cef Akmal Anuar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >