Topik diikuti
Pergi ke BHkuWalau setahun jagung, berjaya raih kontrak hantar pesakit ke pusat NKF
Walau setahun jagung, berjaya raih kontrak hantar pesakit ke pusat NKF
SETELAH 21 tahun bekerja sebagai pramugara syarikat penerbangan Singapore Airlines Ltd (SIA), Encik Alias Othman mengubah haluan kerana terdorong mahu mencuba sesuatu yang baru.
Ternyata pengalaman beliau sebagai seorang pegawai perubatan semasa Perkhidmatan Negara (NS) masih berguna apabila beliau memutuskan mahu menyediakan khidmat ambulans bagi kes bukan kecemasan.
