Wanita jaya pimpin syarikat logistik, tepis stereotaip jantina
Premium
Wanita jaya pimpin syarikat logistik, tepis stereotaip jantina
Pacu keuntungan tahun demi tahun bawah pimpinannya, peroleh kontrak jangka panjang untuk syarikat
Feb 24, 2025 | 5:30 AM
Merenung perjalanan kerjayanya dalam industri logistik sekitar 17 tahun, Cik Nazimah Yusoff, berkongsi bahawa industri tersebut kini semakin berkembang dengan perwakilan jantina yang lebih seimbang, berbanding dengan persepsi dahulu yang menganggap industri itu didominasi lelaki. - Foto BH oleh KHALID BABA
Dalam tinjauan tahunan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) Singapura 2024, kisah kejayaan individu seperti Encik Khairudin Abu Bakar dan Cik Nazimah Yusoff mencerminkan semangat ingin sentiasa mengembangkan kemahiran dengan menjawat pelbagai peranan sepanjang kerjaya mereka, sehingga berjaya menjadi pemimpin syarikat. Gaya kepimpinan kededuanya yang bersifat terangkum juga telah membawa syarikat mereka mencapai tahap lebih tinggi. Berita Harian melaporkan.
Apabila Cik Nazimah Yusoff memulakan kerjayanya dalam industri logistik sekitar 17 tahun lalu (2008), tidak terlintas di dalam fikirannya bahawa beliau akan memegang jawatan kepimpinan pada suatu hari nanti.
Laporan berkaitan
Guna pengalaman di Belanda terap kepelbagaian di tempat kerja Feb 20, 2025 | 8:46 PM
Untung Keppel naik 19.9% kepada $527.9jFeb 5, 2025 | 1:22 PM

