Premium
Wanita S'pura usahawan madu mewah di Dubai
Dec 15, 2017 | 5:30 AM

USAHAWAN MADU: Cik Wirradiah Abdul Latiff (dua dari kiri) bersama rakannya semasa melancarkan perniagaannya secara rasmi di Empty Quarter Gallery di DIFC Dubai baru-baru ini. - Foto ihsan WIRRADIAH ABDUL LATIFF -
WALAUPUN jauh di negeri orang, ia tidak menghambat Cik Wirradiah Abdul Latiff, seorang rakyat Singapura, memulakan perniagaan madu premium di Dubai.
Melihat potensi penjualan madu mewah di sana, ibu empat anak berusia 36 tahun itu menubuhkan firma Natural Shifa Pte Ltd yang menjual pelbagai jenis madu dari Yaman, Italy dan Kazakhstan.

