Topik diikuti
Pergi ke BHkuWanita waja CEO tajaka ternama
Jummaida Rusdon besar dalam keadaan susah, kini ketuai perniagaan $130j setahun
Jul 2, 2017 | 5:30 AM
Wanita waja CEO tajaka ternama
SEMASA kecil, buku nota kecil 555 sentiasa mendampingi Cik Jummaida Rusdon. Ia mencatat rekod bayaran ansuran pelanggan yang membeli kasut daripadanya - perniagaan dilakukan demi membantu bapanya menyara keluarga.
Kehilangan ibu yang meninggal dunia semasa usianya baru 12 tahun membuat beliau cukup berdikari demi mencari sesuap nasi bagi menambah kepada gaji kecil bapanya sebagai pemandu trak.