Premium
Zack Zainal 'orang kuat' Emirates
Meski hampir dua dekad di rantauan, hati bekas pemenang Manhunt Singapore dan kini pegawai kanan keselamatan Kumpulan Emirates tetap dekat dengan Kota Singa
Dec 19, 2021 | 5:30 AM
SEJAK menyandang jawatan Naib Presiden Kanan Emirates Group Security (EGS), Encik Zack Zainal, yang kini bergelaran 'Dato'', cukup sibuk menganjurkan persidangan penerbangan antarabangsa besar melibatkan banyak negara.
Warga Singapura yang bermastautin di Dubai sejak 2003 itu baru selesai memimpin penganjuran Simposium Pengawasan Penerbangan Sejagat (Avsec), yang disertai 750 anggota delegasi dari 55 negara Oktober lalu.


