Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Adik beradik tukar kerjaya jadi jururawat melalui program PCP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Adik beradik tukar kerjaya jadi jururawat melalui program PCP

Aug 01, 2018 | 05:30 AM



CIK Noorleeyahti Ramjudi hanya ingin mendalami pengetahuan tentang cara rawatan yang patut diberi kepada kanak-kanak apabila beliau mendaftarkan diri untuk kursus kejururawatan.



Namun tanpa disedari, wanita berusia 39 tahun itu telah menjadi seorang jururawat sejak tujuh tahun lalu.



Malah kini hasratnya merawat kanak-kanak bak tercapai apabila ditempatkan di Wad Onkologi Pediatrik di Hospital Universiti Nasional (NUH) sebagai Jururawat Staf Kanan.



Anak sulung tiga beradik itu telah menjalani Program Penukaran Profesional (PCP) - daripada seorang guru tajaka kepada seorang jururawat - pada 2011.



Ini selepas beliau yang masih bujang, menamatkan pengajian di Politeknik Nanyang (NYP).



"Semasa jadi guru tajaka, saya pernah uruskan kanak-kanak yang demam atau alami kecederaan.



"Biasanya kami bawa kanak-kanak itu ke klinik, dan kemudian berikan ubat yang telah diberi doktor untuk kanak-kanak itu.



"Tapi pernah juga satu ketika saya lihat sendiri seorang kanak-kanak kecil yang terjatuh di tangga lalu alami pendarahan di dagunya.



"Masa itu agak panik sedikit kerana darah tidak henti mengalir keluar dan insiden sedemikianlah yang mendorong saya untuk memilih bidang kejururawatan di bawah PCP," kata Cik Noorleeyahti.



Tapi bukan beliau sahaja dalam keluarganya yang berbuat demikian.



Adiknya, Cik Nurul'aien, 30 tahun turut menjalani PCP seperti kakaknya itu.



Malah kededua mereka merupakan rakan sekelas semasa mengikuti kursus kejururawatan.



Cik Nurul'aien yang merupakan Jururawat Staf Kanan di Wad Pediatrik NUH dan sedang sarat hamil anak kedua, pernah bekerja sambilan sebagai kakitangan menguji kesihatan di sebuah syarikat.



Baginya peralihan ke bidang kejururawatan itu dibuat atas dasar minat.



"Saya dapat nasihat beberapa rakan kerja lama yang merupakan bekas jururawat.



"Lama kelamaan selepas mendengar cerita mereka, minat itu timbul dan tahu-tahu sahaja saya daftarkan diri untuk ikuti kursus kejururawatan.



"Dan pada masa yang sama, sekelas dengan kakak," jelasnya yang memiliki Diploma dalam jurusan Perkomputeran Tanpa Wayar.



PCP merupakan satu program pertukaran kerjaya yang disasarkan kepada para profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) termasuk mereka yang telah lama bekerja dan ingin menukar kerjaya, untuk menjalani pertukaran kemahiran dan berpindah kepada pekerjaan atau sektor baru yang mempunyai prospek baik serta peluang untuk maju.



Cik Noorleeyahti yang mempunyai ijazah pendidikan awal kanak-kanak daripada Universiti Teknologi Queensland (QUT) berasa dirinya sudah selesa dengan kerjaya barunya itu kerana memberinya mendalami pengetahuan yang diimpikannya selama ini.



"Saya rasa saya tidak akan kembali ke bidang pendidikan kanak-kanak kerana apa yang saya inginkan selama ini telah tercapai," tambahnya.




"Semasa jadi guru tajaka, saya pernah uruskan kanak-kanak yang demam atau alami kecederaan. Tapi pernah juga satu ketika saya lihat sendiri seorang kanak-kanak kecil yang terjatuh di tangga lalu alami pendarahan di dagunya. Masa itu agak panik sedikit kerana darah tidak henti mengalir keluar dan insiden sedemikianlah yang mendorong saya untuk memilih bidang kejururawatan di bawah PCP."
- Cik Noorleeyahti Ramjudi tentang bagaimana beliau mula minat jadi jururawat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >