Anak Melayu buka pusat seni pertahan diri Jepun serta galak ketangkasan fizikal dan minda Anak Melayu kini sudah menjelajahi seni mempertahankan diri di luar seni persilatan yang dirasakan dapat memperkasa semangat dan minda. Ada yang menjadikan aktiviti aikido sebagai perapat hubungan kekeluargaan; ada pula yang melihat jiu-jitsu Brazil sebagai wadah mendekati belia berisiko tinggi. Ikuti temu bual BERITA MINGGU dengan beberapa individu berikut.
Dec 6, 2015 | 5:30 AM
LONTARAN BERTENAGA: Syed Sensei (kanan) atau nama sebenarnya, Sayed Ismail Sayed Hassan Alhabshe, menyifatkan aikido sebagai seni mempertahankan diri yang menenangkan minda serta menekankan keharmonian. Rakan latihannya ialah anak sulungnya, Sayed Isa. -
KELUARGA CERGAS: Syed Sensei (empat dari kiri) bersama (dari kiri) isterinya, Cik Norazlinda Shariff; anak-anaknya, Sayed Abdul Aziz, Sayed Abdul Rahman dan Sayed Isa serta adiknya, Sayed Hud. - Foto-foto TAUFIK A. KADER -

SEBAGAI seorang guru silat, bapa Sayed Ismail Sayed Hassan Alhabshe menerapkan dalam dirinya rasa hormat dan penghargaan terhadap segala seni mempertahankan diri.
Sayed Ismail, 40-an tahun, yang lebih dikenali sebagai Syed Sensei atau guru aikido, tertarik pada kesenian moden Jepun ini selepas tamat Perkhidmatan Negara (NS) kerana ia unik bahkan tidak berbaur persaingan.