Amal perangai 'pelik' demi kurangkan pembaziran, Berita Gaya Hidup - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup0

Amal perangai 'pelik' demi kurangkan pembaziran

Nov 18, 2018 | 05:30 AM

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan penduduk, jumlah sampah telah bertambah lebih enam kali ganda dalam tempoh 40 tahun lalu. Pada 1970, sekitar 1,200 tan sampah dikeluarkan setiap hari. Pada 2010, jumlahnya bertambah kepada 7,600 tan.Singapura perlu mengurangkan jumlah sampah yang ia keluarkan kerana negara ini cuma mempunyai satu tempat timbusan sampah yang masih aktif dan ruangnya semakin terhad. Ia boleh penuh seawal 2035. NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) mewawancara dua individu dan sebuah keluarga yang cuba mengurangkan sampah demi melindungi alam sekitar.

CIK Azurah Khalid tidak pernah mengendahkan usikan teman-teman yang menyifatkannya 'berperangai mak cik' kerana beliau suka membawa pulang baki makanan apabila menjamu selera di luar.

Beliau teruskan sahaja amalan biasanya sejak 10 tahun lalu membawa bekas makanan bagi mengisi makanan 'bungkus' atau makanan yang tidak dihabiskan.

Bukan itu sahaja, setiap kali keluar rumah, Cik Azurah membawa sekali straw besi, straw buluh, sapu tangan, bekas air jenis tumbler, sudu garfu serta penyepit buluh dan beg kain.

Itulah cara usahawan berusia 34 tahun itu cuba mengelak pembaziran makanan, penggunaan tisu dan plastik sekali guna.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Sejak usia belasan tahun, saya sudah tertanya-tanya mengapa orang suka buang barang sedangkan barang itu boleh dikitar semula.

"Pada waktu itu saya bekerja di kafe dan saya sering lihat botol kaca dan plastik dibuang hanya selepas sekali pakai.

"Selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan, saya mulakan projek kecil sendiri.

"Saya kumpul barang yang boleh dikitar dan hubungi syarikat kitar semula untuk datang dan mengambil barang-barang itu," cerita Cik Azurah ketika ditemui Berita Minggu.

Semakin banyak dikaji, semakin beliau sedar terlampau banyak penekanan diberi kepada pengitaran semula sedangkan pengurangan dapat mendatangkan kesan lebih ketara.

Oleh itu, Cik Azurah mengamalkan lima 'R' dalam usahanya melindungi alam sekitar.

Pertama, beliau 'refuse' (menolak), kemudian 'reduce' (mengurangkan), diikuti 'reuse' (mengguna semula) dan 'recycle' (mengitar semula) dan akhir sekali 'rot' (mereputkan).

"Bagi saya, 'menolak' harus menjadi langkah pertama kerana kita mengguna dan membazir barang sewenang-wenangnya.

"Kalau saya beli minuman seperti bubble tea, saya akan minta minuman saya dimasukkan ke dalam bekas air saya.

"Saya tidak ambil straw plastik, sebaliknya menggunakan straw besi atau buluh saya. Kita perlu tegas dalam menolak. Ia tidak mudah kerana ada penjual sudah terbiasa dengan cara mereka.

"Pernah ada penjual menyediakan minuman saya dalam cawan plastik pakai buang, kemudian menuangnya ke dalam bekas air saya.

"Mereka tidak faham atau tidak biasa. Ada juga yang takut tersalah ukur paras air dan ada yang mendapatinya leceh," terang Cik Azurah.

Tidak sekadar mengurangkan penggunaan plastik, Cik Azurah, yang menggunakan sabun buku bagi mengelak sabun dalam botol plastik, juga berusaha mengelak pembaziran elektrik, air dan makanan.

Beliau menerangkan, biasanya baki makanan yang dibawa pulang akan dipanaskan sebelum dinikmati sekali lagi, atau dicampur dengan bahan lain bagi menghasilkan hidangan baru.

Kalau masih ada lagi baki makanan, beliau akan memasukkannya ke dalam tong kompos atau baja organik di luar flat lima bilik keluarganya di Choa Chu Kang.

Baja itu kemudian digunakan pada tanaman di luar rumahnya atau diberikan kepada kenalan.

Menyedari pentingnya mengingatkan orang ramai tentang perkara kecil namun bermakna yang boleh dilakukan demi memelihara alam sekitar, Cik Azurah berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan pelanggannya semasa mengendalikan kafe Wilder di North Bridge Road selama empat tahun.

Antara lain, kafe itu tidak menawarkan straw kepada pelanggan, dan cuma menyediakan hidangan apabila dipesan dan bukan secara pukal bagi mengelak pembaziran makanan.

"Apabila pelanggan tanya mengapa kami tidak memberi straw plastik, kami terangkan sebabnya. Orang ramai mahukan kemudahan tapi sebenarnya mereka okey tanpa straw," katanya.

Kafe itu ditutup Februari lalu namun Cik Azurah yakin usahanya masih dapat diteruskan.

Beliau merancang meneruskan jenama Wilder dengan membuka gerai 'pop-up' dan dengan menawarkan khidmat cef privet.

"Di bawah Wilder, saya berharap dapat terus menyampaikan mesej 'Zero Waste' atau tiada buangan atau pembaziran, dan cara mengurangkan jejak karbon," kata Cik Azurah yang juga mengendalikan wadah dalam talian Lokalfeed yang mengongsi kisah wanita pencetus inspirasi melalui podcast.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map