Premium
Bakat kacukan India-Cina ingin warnai dunia seni Melayu
Mar 22, 2018 | 5:30 AM

KUMPUL ILMU SENI: Jasper James Supayah menceburi bidang lakonan dan pengacaraan walau lebih berminat menjadi penyanyi sebagai peluasan pada ilmu seni yang dimiliki. - Foto ihsan JASPER JAMES SUPAYAH -
HINGGA ke hari ini, ada yang menyangka bakat kacukan India-Cina asal Johor Bahru, Jasper James Supayah, berbangsa Melayu dek kelancarannya menyanyi lagu Melayu.
Beliau juga bersahaja membawa watak Melayu dalam drama dan filem di Seberang Tambak, kerjaya yang sama sekali tidak dirancang ketika mula-mula menyertai persada hiburan menerusi program Akademi Fantasia (AF) 2016.

