Queen Street lebih bermaya dengan palitan seni yang diilhamkan daripada lukisan inai dan grafiti
Nov 18, 2014 | 5:30 AM
ERPAUT PADA GRAFITI: Cik Iffah Firzana Norman mengilhamkan rekaan pada bangku ini selepas mendapat idea daripada tembok-tembok yang sarat grafiti di Haji Lane. - Foto-foto JOHARI RAHMAT -
TAMPILKAN KEANGGUNAN: Cik Nurul Syaffiqah Ahmad Shaharuddin menggunakan motif inai tradisi pengantin atau 'mehndi' pada bangku hiasannya bagi melambangkan keanggunan wanita. -
LUKISAN SPONTAN: Cik Nur Syuhada Ahmad Soribah gembira kesungguhannya memalit lorekan dan lengkungan cat yang tampak 'seksi' pada bangku ini dihargai. -

LALUAN jalan kaki dari stesen MRT Bras Basah menuju ke Muzium Seni Singapura (SAM) at 8Q tampak lebih bermaya kerana bangkubangku konkritnya dihias serba indah.
Palitan seni yang menyaluti 10 bangku baru itu adalah hasil kreativiti beberapa pelajar Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dalam usaha menambah seri Queen Street.