Premium
Bergelut dengan mitos 'superhero' di gelanggang gusti
Jun 28, 2016 | 5:30 AM

KISAH DI SEBALIK TOPENG: Encik Muhammad Izdiharuddin Nordin menghiasi ruang pameran berupa bilik flat HDB dengan gelanggang gusti dan topeng adiwira yang menyelongkar fenomena keagungan 'superhero' dalam diri setiap insan. - Foto SHAKIR SAIFUDDIN -
SETIAP kali diminta menghasilkan karya seni termasuk topeng adiwira, seorang insan kurang upaya yang ditemui seniman setempat, Encik Muhammad Izdiharuddin Nordin, akan menerapkan imej pelangi di dalamnya.
Daripada penceritaan pegawai yang menjaga dirinya di sebuah rumah jagaan, insan tersebut mengalami detik-detik hitam dalam kehidupan dan sentiasa mengharapkan pelangi meluputkan kesuraman yang dirasakannya.

