Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Bhumiband... patah tumbuh hilang berganti

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bhumiband... patah tumbuh hilang berganti

Jul 08, 2019 | 05:30 AM



SUDAH menjadi lumrah sesebuah band tidak kekal dengan anggota asalnya.



Mereka akan datang dan pergi, khususnya vokalis utama yang kerapkali ditawarkan projek merakam lagu secara solo.



Band tempatan yang ditubuhkan pada 2003, Bhumiband, sudah melalui tempoh sebegini dari dahulu lagi.



Salah seorang vokalis utama band ini, Awi Rafael, membina kerjaya solonya di Malaysia dan kini menjadi nama besar di persada muzik serantau hasil banyak cetusan ilham lagu bermutu.



Awi juga menubuhkan Newsantara Studio di Ara Damansara yang menawarkan khidmat pendidikan alat muzik seperti biola, piano, bes, dram, selo dan gitar kepada anak autistik.



Pemain papan nada kumpulan ini, Hang Dimas, pula berhijrah ke Malaysia bagi menubuhkan sebuah band yang berjaya dan disegani, Hujan.



Namun, minatnya terhadap kerja seni lain membawanya kembali ke negara asalnya di Indonesia di mana beliau menggerakkan wadah pelesenan muzik PT Langit Data Indonesia.



Bhumiband juga kehilangan anggota lain, Nazri, Eddy dan Athif.



Namun, apabila ia bangkit semula pada 2016 dengan lagu Hanya Kamu, ia juga tampil dengan barisan anggota baru.



Mereka menyertai anggota lama yang masih gigih berseni.



Namun, yang terkini, Bhumiband bergerak dengan empat anggota sahaja iaitu Ard, Reamie, Kief dan Zuher apabila Irfan mengundurkan diri kerana komitmen lain.



Satu-satunya anggota wanita Bhumiband, Atiqah pula ingin menumpukan perhatian pada kesihatannya setelah mendapat berita baik dirinya hamil.



Ketika dihubungi baru-baru ini, Ard yang nama sebenarnya, Muhammad Adha Ahmad, 38 tahun, berkata:



"Ramai yang tahu antara cabaran sesebuah band di mana-mana negara pun adalah mengekalkan anggota asalnya. Keluar masuk band sudah menjadi perkara biasa dan tidak boleh dielakkan kerana masing-masing memiliki komitmen lain, baik pekerjaan atau keluarga.



"Bhumiband telah melalui segalanya sejak 16 tahun kami bergerak bersama. Namun, Alhamdulillah, hingga ke hari ini, kami masih mengekalkan hubungan baik dengan anggota Bhumiband yang lain.



"Gembira rasanya melihat kawan-kawan seperti Awi dan Dimas maju dalam amanah masing-masing dengan keberanian menyerantau ke Malaysia dan Indonesia.



"Kami hanya saling mendoakan, terlibat dalam persembahan rancangan televisyen Singapura Live 3.0 bersama anggota lama serta beri sokongan kepada Dimas dalam konsert Hujan sempena Pesta Raya 2019 baru-baru ini."



Ard dan rakan-rakannya bagaimanapun gigih menjana karya baru bagi memastikan penakatan Bhumiband tetap terjamin.



Katanya lagi, semangat berkobar-kobar untuk berseni dan terus mencipta karya baru bermutu itu tidak akan digoyahkan oleh faktor anggota yang meninggalkan band ini kerana komitmen dan perancangan peribadi.



"Kami masih ingat detik gemilang dijulang di Anugerah Planet Muzik (APM) 2005 dengan kemenangan di peringkat serantau bagi album pertama kami, Suara Dunia.



"Kini, kami lebih tumpukan perhatian pada usaha berkongsi ilmu kami dengan generasi muda menerusi sesi bengkel penulisan lirik dan penghayatan bahasa Melayu, misalnya.



"Ada bakat muda seperti mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Indah Han, yang dapat kami cungkil bakatnya dan pupuk potensinya.



"Setiap anggota kami juga digalakkan agar mencipta lagu sendiri hasil ilham rasa masing-masing," tambahnya.



Beralih pada single Seadanya ciptaan Kief, yang nama sebenarnya, Zulkifli Shualman, 40 tahun, Ard menambah ia lagu indah yang diilhamkan sebagai menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 Kief dan isterinya.



Kief pula berkata:



"Lagu ini tercipta pada 2017. Ia saya tujukan buat isteri setelah 10 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.



"Memandangkan kami sering melafaz cinta menerusi kata-kata dan bukan perbuatan, inilah hadiah saya buatnya."



Ard akur Bhumiband selepas tempoh kebangkitan semula setelah berehat buat seketika memang pada awalnya enggan menghasilkan lagu cinta.



"Kami buat lagu ketuhanan, kemanusiaan dan lagu Hari Raya. Namun Seadanya ini tidak mampu ditolak kerana keindahan kata-kata dalam lagu ini. Perkataannya santai. Iramanya juga.



"Kami merasakan inilah arah tuju yang boleh kami jadikan tukikan Bhumiband agar ia mudah dikaitkan dengan kehidupan orang lain," ujar Ard.



Kief pula menambah:



"Apabila lagu ini dimuatnaikkan ke YouTube, kami juga mendapat respons menggalakkan daripada orang ramai yang ingin kami hasilkan lagu-lagu sebegini. Inilah evolusi Bhumiband dan revolusi selanjutnya agar terus kekal dalam persada seni tempatan."



Kekuatan Bhumiband, tambah Ard dan Kief, terletak pada kebolehan mencuba bermacam genre termasuk muzik dunia.



"Kita berusaha jalin kerjasama dengan karyawan muzik lain seperti anggota Rausyanfikir, Abang Khair Mohd Yasin dalam lagu Gerbang Asmara Hakiki.



"Kami enggan buang nilai artistik lagu kami. Kalau ada rezeki, ingin kami rancang single dengan satu pembaharuan dan kelainan dalam irama masa kini.



"Seperkara lagi yang kami rancang adalah mengadakan persembahan dua dekad Bhumiband yang akan menggabungkan anggota asal kumpulan ini. Doakanlah," pinta Ard.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >