Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Bocil dikagumi kerana menyerantau

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bocil dikagumi kerana menyerantau

Mar 03, 2018 | 05:30 AM



KALI pertama pelawak kerdil dari Indonesia, Bocil Bancin, datang ke pejabat Berita Harian, beliau langsung ingin menunjukkan kemahirannya melontarkan kata-kata pemikat wanita atau pick-up line secara spontan kepada penulis.



"Nama kakak Haryani ya? Hari ini, kita bisa bernikah!" selorohnya diiringi derai tawa teman seiring jalan - pelawak Singapura yang dipanggil 'bos', Suhaimi Yusof, dan isteri, Yana Sulaiman.



Bocil, 33 tahun, yang mampu membuat penulis tidak kering gusi sepanjang wawancara lebih setengah jam baru-baru ini, bersyukur kemahiran melawak spontannya itu menarik perhatian penerbit di Malaysia dan Singapura.



Kalau di Indonesia beliau sering distereotaip membawa watak 'Awang Kenit' menyedihkan atau makhluk penghuni gua yang hodoh dalam drama fantasi persis The Lord of the Rings, usahanya menyerantau di luar Indonesia, membawa hasil dengan peranan lebih mencabar.



Rezekinya murah kerana turut menarik perhatian Suhaimi bagi menjayakan watak utama dalam drama sitkom Kiut Miut yang menemui penonton Mediacorp Suria setiap Jumaat.



Drama tersebut adalah projek pertama syarikat penerbitan yang diusahakan Suhaimi, Idea Fact 3.



Ia bereksperimen dengan humor menerusi paparan watak yang jauh beza bak bumi dengan langit - seorang bertubuh gempal dan tinggi manakala seorang lagi comel dan kecil malah dipanggil 'badan kecik, umur pak cik'!



Bocil adalah Din, adik satu bapa lain ibu kepada Man (lakonan Suhaimi) dalam Kiut Miut. Dia tiba-tiba muncul dari Indonesia dan berkunjung ke Singapura bagi membantu abangnya Man.



Man adalah penyiasat peribadi yang dihambat masalah isteri main kayu tiga sekali gus kecundang agensi siasatan peribadinya.



Sebelum ini, Bocil yang mula dikenali dalam pasaran Melayu selepas memasuki peraduan Maharaja Lawak Mega (MLM) bersama kumpulan Saehu.



Beliau juga pernah muncul dalam drama Suria, Sekuriti, yang juga menampilkan Suhaimi.



"Kawan-kawan saya di Indonesia semua tertanya-tanya bagaimana saya boleh dapat rezeki sebaik ini, mampu menyerantau ke luar Indonesia. Padahal, saya selalu kagumi mereka kerana banyak tugas di negara sendiri.



"Bagi saya, Malaysia dan Singapura telah menaikkan semangat saya agar terus berkomedi dan mencuit hati ramai.



"Watak saya tidak tertanam, berbeza dengan sewaktu di Indonesia. Di negara sendiri, persaingannya sengit dengan ramai bakat. Maka, saya selalu diberi peranan sedih. Bagaimana? Dari komedi jadi sedih? Nak nangis pun tak mampu sebab saya tak pandai menangis," dedahnya terus terang.



Tidak ramai tahu asal usul Bocil sebagai peserta peraduan realiti Akademi Fantasi (AF) di Indonesia.



"Saya ikut serta uji bakat di Medan. Daripada 415 yang hadir bagi sesi uji bakat itu, saya terpilih di kalangan 70 peserta terbaik.



"Walau awalnya tersingkir kerana suara tidak lunak, saya tetap mendapat undi terbanyak bagi membuat persembahan di Jakarta. Penonton sukakan yang unik. Mereka lihat keunikan itu ada pada diri saya," ceritanya.



Sejak itu, Bocil telah menjayakan 30 projek drama di Jakarta malah berkesempatan menjadi deejay radio.



Namun, namanya juga belum 'meletup' sehingga beliau popular semalaman selepas MLM.



"Saya tidak pernah menyesali jerih payah yang perlu saya lalui bagi mencari rezeki sebagai pelawak dan pelakon.



"Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Malah, saya selalu bersyukur ibu bapa saya menggalakkan saya agar bersekolah demi meraih ilmu.



"Mereka awalnya bimbang dengan saiz kecil saya, saya akan ditindas atau dibuli serta 'ditekan' teman lain.



"Namun Alhamdulillah pelajaran sampai peringkat sekolah tinggi itulah yang berupaya melatih minda saya agar berfikir spontan. Kespontanan itulah senjata berlawak dengan baik," katanya lagi.



Bocil lebih berdikari dalam hidupnya malah gembira dapat membawa ibunya mengerjakan umrah berkat wang titik peluhnya bekerja.



"Setiap apa yang diminta dengan ikhlas, Allah beri jawapan dan ganjarannya," katanya.



Beliau sudah menganggap Suhaimi yang dipanggil big boss seperti abangnya sendiri.



"Saya tiada masalah bahasa apabila bekerja di Singapura atau Malaysia meskipun lenggoknya berbeza. Saya hanya selalu peka agar gurauan saya tidak berlebihan sehingga menyinggung perasaan orang lain.



"Terima kasih kepada Abang Suhaimi kerana 'menyatukan hati' saya dan Aisyah Aziz sebagai rakan gandingan dalam Kiut Miut. Kami cinta lokasi tapi hanya di lokasi. Di luar lokasi, hubungan kami pergi jauh lagi! Dia pasti geli dengan saya!" selorohnya.



Suhaimi pula tertawa seraya menjawab:



"Ya, Bocil hanya 'cinta monyet' dengan Aisyah. Aisyah 'cinta', Bocil monyet!"



  • 'Kiut Miut' disiarkan di saluran Mediacorp Suria setiap Jumaat mulai 8.30 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >