Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Cederakan polis dan orang awam, Farid Kamil direman

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Cederakan polis dan orang awam, Farid Kamil direman

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



PELAKON dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang dipercayai menampar seorang anggota polis trafik di sebuah balai polis Kuala Lumpur dan menendang dua orang awam, ditahan reman selama empat hari, bermula semalam (12/1).



Perintah tahanan reman itu dikeluarkan mahkamah Kuala Lumpur oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir, terhadap pelakon berusia 37 tahun itu, bagi membolehkan siasatan dibuat.



Farid yang memakai baju penjara berwarna ungu tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis kira-kira jam 10 pagi, sebelum diiiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.35 pagi untuk prosiding reman, lapor Berita Hariarn Malaysia.



Kira-kira 15 minit kemudian, suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27 tahun, dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 10.50 pagi.



Turut berada di kompleks mahkamah adalah adik suspek, Fadzil Zahari, yang juga suami kepada pelakon Yana Samsudin.



Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari semalam, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.



Ketika berurusan di kaunter berkenaan, Farid secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.



Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.



Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana, KL kira-kira jam 12.30 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >