Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Delifrance perolehi semula sijil halal di semua 18 cawangan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Delifrance perolehi semula sijil halal di semua 18 cawangan

Mar 10, 2019 | 05:30 AM



SEMUA 18 cawangan runcit Delifrance Singapura kini mempunyai sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).



Sijil itu diterima sejak 21 Februari lalu setelah hampir setahun rangkaian restoran Perancis itu tidak mempunyai sijil halal.



Pensijilan halalnya luput pada 30 Jun lalu.



Menurut Delifrance Singapura, pada waktu itu ia sedang berusaha menyelesaikan beberapa isu teknikal yang "tidak berkaitan dengan persiapan makanan, bahan yang digunakan atau cara penyajiannya".



Delifrance Singapura berkata cawangannya tidak pernah mengalami sebarang masalah berkaitan pensijilan halal sejak disahkan halal pada 2002.



Pensijilan halal yang diterima kini bermakna semua produk makanan yang dijual di cawangan runcit Delifrance Singapura disahkan halal, dibuat di kemudahan perkilangan makanan yang disahkan halal dan membawa kod serta logo halal pada label bungkusan.



"Semua pelanggan juga dialu-alukan meminta bukti pensijilan daripada pengurus cawangan runcit Delifrance Singapura jika mereka tidak pasti akan asal produk itu," kata Delifrance dalam satu kenyataan baru-baru ini.



Ia juga berkata cawangan runcit Delifrance Singapura tidak dimiliki atau merupakan sebahagian daripada Delifrance Wholesale yang cuma menghasilkan barangan yang dibungkus lebih awal untuk dibekalkan kepada pasar raya.



"Pelanggan digalakkan memeriksa label bungkusan bagi semua produk jenama Delifrance yang dibungkus lebih awal di pasar raya, kedai serbaneka atau titik jualan lain di luar cawangan runcit Delifrance Singapura bagi kod dan logo halal," kata kenyataan itu.



Selain menawarkan produknya di kedai, Delifrance Singapura juga menawarkan khidmat katering halal bagi acara keramaian.



Orang ramai boleh membuat pesanan katering di dalam talian di www.delifrance.com.sg.



Cawangan pertama Delifrance Singapura dibuka pada 1985.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >