Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Dua tahun tumpu pada pekerjaan, Juffri kembali bertenaga di persada seni

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Berkorban demi seni

Dua tahun tumpu pada pekerjaan, Juffri kembali bertenaga di persada seni

Aug 11, 2019 | 05:30 AM



Pengorbanan yang tidak putus-putus itu sebahagian daripada resam kehidupan yang tidak mampu diabaikan. Ia membawa seribu satu pengertian buat empunya diri. Dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang diraikan hari ini, dua bakat muzik berkongsi dengan wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) mengenai pelbagai pengorbanan yang perlu dilakukan demi meneruskan cinta terhadap seni.




KERJAYA bakat tempatan bertubuh sasa, Ahmad Aljuffri Ahmad Alui, berada di peringkat gemilang dengan 'meletupnya' lagu Teguh dan Maafkan Aku yang memperkukuh kedudukannya dalam persada seni Singapura.



Namun dalam tempoh tersebut, jejaka yang dikenali dalam kalangan peminatnya sebagai 'Abang Sado' terpaksa bersikap realistik dan praktikal demi rumah tangga yang bakal dibina dengan kekasih tercinta, Mas Ayuni Ismail.



Beliau berehat daripada kerjaya seninya selama dua tahun demi membangun pekerjaan sepenuh masa dalam bidang perhotelan.



Amanah sebagai pengurus perhubungan tetamu yang menjalani syif tetap pada waktu malam di Hotel Pan Pacific Singapore itu digalasnya dengan penuh kecekalan.



Banyak perkara yang bermain di fikiran penyanyi ini yang lebih mesra dengan panggilan Juffri, 27 tahun. Beliau perlukan pendapatan tetap bagi menampung biaya majlis kahwin dan kos perumahan.



Pengorbanan itulah yang menjadi antara teras perbualan Juffri yang ditemui di pejabat Berita Minggu baru-baru ini. Ia cukup simbolik dalam masyarakat Islam di sini meraikan Hari Raya Haji yang sinonim dengan erti pengorbanan, hari ini.



Kehadiran Juffri pada petang itu juga adalah bagi melahirkan kesediaan kembali semula ke persada seni dengan lagu 'single' kelima, Untuk Kali Terakhir, selepas lama menyepi.



Untuk Kali Terakhir ciptaan Syawal Ziyad adalah satu percubaan baginya keluar daripada zon selesa lagu 'jiwa-jiwa'.



Lagu baru tentang cinta terlarang itu dikatakan memiliki irama jaz santai ala muzik penyanyi terbilang dunia, Ed Sheeran.



"Bagaimana cenderung pun saya dalam bidang muzik, saya harus bersikap realistik demi masa depan saya dan demi membina mahligai mantap lagi bahagia yang selama ini dicita-citakan. Saya hilang bukan kerana saya putus harapan terhadap bidang seni atau kecewa dengan dunia hiburan. Kadangkala anda perlu berehat demi membangkitkan semangat baru lebih segar," kata Juffri.



"Alhamdulillah, pengorbanan saya menampakkan hasil. Daripada setakat pekerja sambilan, saya jadi pekerja tetap dan kemudian dinaikkan pangkat sebagai pengurus. Orang tua-tua kata, 'rezeki berkahwin'.



"Saya memilih untuk bekerja malam secara tetap pula agar waktu siang dapat lebih diisi dengan kerja lain, misalnya menjana karya muzik baru atau ke gym kerana saya pun terpaut dengan sukan bina badan sejak awal tahun ini," jelasnya penuh semangat.



Beliau bernikah dengan Mas Ayuni, 25 tahun, seorang pramugari, pada September tahun lalu. Majlis persandingan mereka pula menyusuli pada Mac lalu.



Mereka saling mengenali hati budi masing-masing sejak Juffri berada di Perkhidmatan Negara (NS).



Namun, satu lagi pengorbanan yang perlu pasangan itu buat adalah merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan peminat kerana enggan sesetengahnya mengecam dan menyalah anggap Mas Ayuni memilih Juffri hanya kerana kepopularannya.



"Ayuni ada di setiap persembahan saya tetapi beliau selalu di belakang tabir dan bersembunyi daripada khalayak ramai hinggalah hari kami bernikah.



"Orangnya amat memahami. Beliau menyokong dan mendorong saya ke arah kebaikan dan menenangkan. Apa sahaja yang baik buat saya atau yang saya minati, beliau sentiasa beri sokongan.



"Malah, antara orang terpenting yang menggalak saya dalam sukan bina badan adalah Ayuni. Selama tujuh tahun saya rajin ke gym bagi senaman kecergasan, tak terfikir nak jadi ahli bina badan kerana saya malas menjaga pemakanan.



"Ayuni pula rajin menyiapkan pemakanan saya setiap hari kecuali ketika dirinya tidak sihat. Maklumlah, saya kini perlu berkorban agar tidak makan sebarangan seperti dahulu. Seorang ahli bina badan perlu makan ikut sukatan yang ditetapkan, baik kandungan ayam atau nasi.



"Hari-hari jamah makanan dalam tupperware! Sukan bina badan ini juga mengajar saya tentang kesabaran. Banyak penyesuaian yang perlu dibuat.



"Seluruh badan boleh sakit, otot akan kejang kalau kita tidak cukup zat, kurang sodium dan kurang gula. Kalau tak sabar, boleh hilang kesabaran. Di saat itu, Ayuni tahu saya enggan diganggu. Dia biarkan saya bertenang dahulu," cerita Juffri yang mula bertanding awal tahun ini.



Kini, tumpuannya adalah pada beberapa peraduan bina badan di dalam dan luar negara.



"Bulan depan, ada peraduan peringkat nasional Fitness Movement. Saya pun memikirkan kemungkinan ke Jepun atau India bagi peraduan Olympia Amateur demi melihat sejauh mana saya boleh pergi apabila bersaing di pentas antarabangsa.



"Yang penting, saya juga tidak akan melupakan cinta pertama saya terhadap bidang nyanyian. Alhamdulillah, masih ada yang mengingati, ingin bergambar dan bertanya bila nak keluarkan lagu baru?" tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >