Topic followed successfully
Go to BHkuDulu ITE, kini kejar ijazah kedoktoran demi minat bidang kecergasan
Premium
Dulu ITE, kini kejar ijazah kedoktoran demi minat bidang kecergasan
Jan 11, 2019 | 5:30 AM
Dulu ITE, kini kejar ijazah kedoktoran demi minat bidang kecergasan

MAHU TERUS DAKI TANGGA KEJAYAAN: Encik Muhammad Abdillah kini mengimbangi masa melanjutkan pengajian di samping bekerja sebagai ketua jabatan dan pengurus sukan dan rekreasi di sebuah 'country club' setempat. Pada masa sama, beliau juga sedang berlatih bagi pertandingan bina badan peringkat antarabangsa yang akan berlangsung April ini. - Foto BH oleh KHALID BABA -
SEMASA Encik Muhammad Abdillah Shah Hussain menuntut di sekolah menengah dalam aliran Normal (Teknikal) kira-kira dua dekad lalu, beliau sering di pandang rendah oleh orang di sekelilingnya yang menganggap pelajar sepertinya nakal, malas dan tidak mempunyai masa depan cerah.
Pandangan negatif terhadap mereka yang 'lemah dalam pelajaran' ini terus dialaminya apabila melanjutkan pengajian ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang pada waktu itu turut mempunyai imej 'It's The End' (tiada harapan lagi).

