Topik diikuti
Pergi ke BHkuFariz nyanyi rap Melayu agar dekat di hati
Premium
Fariz nyanyi rap Melayu agar dekat di hati
Fariz nyanyi rap Melayu agar dekat di hati
INGAT PESANAN: Penyanyi rap, Fariz Jabba, antara anak muda yang menjalani Program Pembangunan Bakat (Muzik) Pesta Shine 2018 di bawah bimbingan artis hip-hop, Joe Flizzow, terus mengingati pesanan pembimbingnya itu supaya sentiasa 'dahaga' mencari ilmu dan mencuba pendekatan baru jika serius ingin menceburi bidang muzik. - Foto SHINE FESTIVAL 2018 -
Jul 12, 2018 | 5:30 AM
MEMINATI lagu rap seawal usia 12 tahun, penyanyi rap muda yang kini berumur 22 tahun, Fariz Jabba, terus mengkaji asal usul muzik budaya hip-hop itu dan cuba menulis lagu sendiri selain menyanyi mengikut stail rap yang berbeza.
Tanpa dijangka, Fariz atau nama sebenarnya, Muhammad Fariz Abdul Rashid, mendapat perhatian peminat muzik hip-hop selepas memuat naik beberapa video rap gaya bebas (freestyle) menerusi wadah media sosial pada tahun lalu.
