Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Festival Kopi S'pura kembali buat tahun kedua

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Festival Kopi S'pura kembali buat tahun kedua

Jul 29, 2017 | 05:30 AM



FESTIVAL Kopi Singapura kembali buat edisi kedua, menyediakan pelbagai makanan, minuman dan seni buat pengunjung.



Diadakan dari 4 hingga 6 Ogos di Pusat Pelayaran Marina Bay, di 61 Marina Coastal Drive, acara ini mengetengahkan kira-kira 90 program sepanjang empat hari itu.



Antara yang disajikan ialah beberapa bengkel berbayar oleh kumpulan tempatan.



Kumpulan perniagaan sosial Touchwood akan mengadakan bengkel ukiran setem kayu, manakala kedai The General Co akan mengajar peserta membuat rantai kunci rambu dalam bengkel kraf kulit.



Bengkel itu mengenakan bayaran, namun jika anda mahu ke acara yang tidak mengenakan bayaran, anda boleh kunjungi barter market yang dipersembahkan oleh Indigoism, sebuah perniagaan sosial tidak mengambil untung yang ditubuhkan oleh artis Samantha Lo dan Majlis Belia Kebangsaan (NYC).



Pengunjung juga boleh mencuba minuman berkafein yang unik, seperti kopi dalam kon oleh The Coffee Academics, pakar kopi yang diasaskan di Hongkong dan telah membuka dua cawangan di Singapura.



Selain itu, pelbagai bengkel membuat kopi disediakan untuk pengunjung, seperti bengkel kemahiran menghias di Latte Art And Etching, yang dijalankan oleh Bettr Barista, sebuah akademi kopi tempatan.



Jika anda pernah melihat pakar membuat kopi melakukan seni kopi di pentas, kafe tempatan Common Man Coffee Roasters bakal mengadakan Kejohanan Aeropress Singapura.



Bagi pengunjung yang tidak begitu meminati minuman berkafein, mereka boleh menikmati minuman tidak mengandungi kafein seperti unicorn tears, sejenis minuman ringan berwarna biru akuatik dengan kilauan yang boleh dimakan, dihasilkan oleh kafe Dapper Coffee di Amoy Street.



Peminat coklat pula boleh mencuba bengkel membuat kraf coklat krakakoa.



Bagi mereka yang membawa anak ke sana, mereka boleh melakukan kegiatan bersama, seperti membuat minuman latte di Nespresso Creatista Studio menggunakan mesin creatista plus.



Bagi yang memandu ke festival itu, tempat meletak kereta terdekat terletak disebelah pusat pelayaran itu.



Tempat letak kenderaan juga terdapat di Marina South Pier and Taman di Pesisiran.




SEKILAS



BILA: 4 hingga 6 Ogos



TEMPAT: Pusat Pelayaran Marina Bay, 61 Marina Coastal Drive.



ANJURAN: Akhbar The Straits Times dan dipersembahkan oleh bank DBS



ACARA MENARIK



- Lebih 80 syarikat akan mempamerkan produk yang dibru mereka di acara tersebut



- Senarai penuh program SCF 2017 boleh diperolehi di laman: sgcoffeefestival.com.sg/programmes/



- Hari pertama festival itu, 3 Ogos, hanya dibuka kepada media dan peserta industri



- Pengunjung boleh cuba minuman berkafein unik, selain menyertai pelbagai bengkel membuat kopi



- Peminat coklat juga boleh cuba bengkel buat kraf coklat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >