Fesyen Muslimah bekas pelajar madrasah ke persada antarabangsa
Premium
Fesyen Muslimah bekas pelajar madrasah ke persada antarabangsa
Kalau ada kemahuan, pasti ada jalan. Berpegang teguh pada pepatah ini, dua pelajar yang berdepan dengan ujian membuktikan tiada yang mustahil dalam mengejar impian murni. Wartawan Gah! menyingkap jerih payah yang diharungi dengan tertutupnya tirai persekolahan mereka.
May 25, 2014 | 7:32 AM
BELIAU tidak pernah terfikir koleksi pakaiannya akan dapat diperagakan di pentas antarabangsa iaitu pentas sama yang digunakan pereka fesyen terkenal seperti Prabal Gurung dan Oscar de la Renta.
Tetapi mimpi menjadi nyata bagi pelajar tahun akhir Maktab Seni LaSalle, Cik Nur Hafizah Ghazali, minggu lalu apabila koleksi Muslimahnya, Sutra, digayakan para model antarabangsa semasa Festival Fesyen Audi (AFF).

