Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Finalis 'Manhunt Singapore 2015' selami dunia lakonan di seberang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Finalis 'Manhunt Singapore 2015' selami dunia lakonan di seberang

Jul 29, 2018 | 05:30 AM



DARI kejauhan, finalis peraduan peragaan jejaka tampan Manhunt Singapore 2015, Daaim Jailani, mengagumi pencapaian penuh inspirasi Datuk Aaron Aziz.



Pemuda berusia 25 tahun yang nama penuhnya, Muhammad Solatuddaaim Jailani itu juga mahu menggilap bakat dalam bidang lakonan.



Ternyata, percubaannya menembusi pasaran Malaysia membawa hasil dengan lakonan dalam filem Pinjamkan Hatiku dan drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin.



Beliau juga menyertai seorang lagi pelakon asal Singapura, Hannah Delisha, dalam filem Langsuir, yang menjalani penggambaran di Langkawi.



Ketika ditemui Gah! di Dewan Persidangan Suntec City baru-baru ini, Daaim, yang juga jurulatih kecergasan peribadi dan memajukan jenama kaca mata hitam Adla, berkata:



"Saya lihat pencapaian Datuk Aaron sebagai satu galakan bagi saya menceburi bidang seni dan menerokai pengalaman berlakon di Malaysia.



"Tentunya saya akan bangunkan identiti saya sendiri. Menerusi media sosial, saya akan berikan maklumat terkini mengenai perkembangan saya dalam dunia seni."



Beliau mempunyai sekitar 14,000 pengikut di Instagram. Sikapnya terbuka dalam menerima sebarang maklum balas pengikut mengenai mutu lakonannya.



Antara perkara yang ingin digilapnya segera adalah keselesaan berbahasa Melayu. Ini memandangkan beliau terbiasa menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan harian di Singapura.



Sebelum bergelar jurulatih peribadi di pusat kecergasan, Daaim pernah mencuba bermacam tugas lain, daripada mencuci piring kepada tingkap di lapangan terbang dan tandas.



Beliau memang 'kaki kerja' bahkan gemar melakukan sesuatu di luar zon keselesaan termasuk bidang lakonan.



"Menjalani latihan lakonan dengan pelakon mapan, Kak Ellie Suriaty, bagi filem Langsuir membuka mata saya tentang teknik lakonan.



"Kini, saya berjinak-jinak pula dalam usaha niaga produk seperti kaca mata Adla ini.



"Ada masa yang terluang, saya akan sertai acara seperti bazar selebriti CelebFest.



"Banyak lagi perkara yang ingin saya pelajari dalam bidang seni dan perniagaan. Saya kira menyertai Manhunt juga titik tolak saya tebarkan rangkaian kenalan." - HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >