Topik diikuti
Pergi ke BHkuFir Rahman dicalon 'Pendatang Baru Terbaik' di Anugerah Filem Asia
LALUI PASANG SURUT EMOSI: Fir Rahman yang bersyukur kerana dicalonkan bagi kategori Pendatang Baru Terbaik di Anugerah Filem Asia melihat watak Aiman yang dijayakannya dalam filem 'Apprentice' mencabar dari segi tuntutan emosinya. - Foto AKANGA FILM STUDIO -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 17, 2017 | 5:30 AM
DI saat beliau menyangka bahang filem setempat Apprentice sudah reda, pelakon tempatan Fir Rahman, dikejutkan dengan pencalonan bagi Anugerah Filem Asia di Hongkong, baru-baru ini.
Fir, 35 tahun, dicalonkan dalam kategori Pendatang Baru Terbaik. Saingan sengitnya merupakan pelakon Korea Selatan, Kim Tae-Ri (The Handmaiden); pelakon Jepun, Takara Sakumoto (Rage); pelakon Hongkong, Wu Tsz-tung (Weeds On Fire); dan pelakon China, Lin Yun (The Mermaid).
