Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Gembira lihat jalinan baik pesakit dan doktor gigi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gembira lihat jalinan baik pesakit dan doktor gigi

Jabatan Pergigian Hospital Universiti Nasional (NUH) beri panduan jaga kesihatan gigi; antara nasihat ialah gigi yang dijaga baik boleh kekal sepanjang hayat
Feb 10, 2019 | 05:30 AM



MENJALIN hubungan rapat antara pesakit dengan kakitangan jagaan kesihatan.



Bagi Cik Julia Tubari, jalinan sedemikian membuatnya gembira.



"Sememangnya saya terharu tanda gembira apabila melihat hubungan yang penuh saling percaya antara pesakit dengan doktor gigi," katanya.



Pembantu pembedahan gigi berusia 41 tahun itu telah bertugas selama 11 tahun di Jabatan Pergigian Hospital Universiti Nasional (NUH).



Beliau memetik kisah seorang pesakit wanita dalam usia 70-an tahun yang berjumpa doktor gigi yang sama - sejak memasang gigi palsu pertama sehingga kali kelima ia ditukar.



"Beliau berjumpa doktor tersebut yang ketika itu seorang doktor baru sehingga beliau kini seorang konsultan kanan.



"Tidak biasa seorang pesakit terus berjumpa doktor gigi yang sama selama lebih 20 tahun," katanya.



Antara lain, skop tugas Cik Julia termasuk menyediakan bantuan kepada doktor gigi semasa rawatan diadakan.



Beliau juga memastikan bahawa peralatan dan bahan yang digunakan siap sedia sebelum setiap pertemuan pesakit dengan doktor.



Selepas pesakit selesai dirawat, beliau bertanggungjawab membersihkan peralatan yang digunakan, membersihkan kerusi pergigian dan menyediakan bilik sebelum pertemuan pesakit selanjutnya dengan doktor.



Menyentuh tentang pesakit warga emas, Cik Julia berkata, antara persoalan yang sering ditimbulkan golongan tersebut termasuk cara menjaga gigi palsu dan mengapa gigi palsu tidak selesa semasa ia mula dipakai.



"Maka saya sering menasihatkan mereka agar tanggalkan gigi palsu itu pada sebelah malam untuk direndam di dalam air.



"Saya juga menasihatkan mereka agar gigi palsu itu dibersihkan dalam besen air untuk mencegah ia daripada pecah sekiranya ia terjatuh semasa dibersihkan.



"Bagi yang rasa tidak selesa semasa mula-mula memakainya, saya menasihatkan mereka agar terus memakainya sekerap mungkin meskipun rasa tidak selesa pada awalnya.



"Biasanya kita akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri seperti memakai kasut baru," tambahnya.



Apa yang memuaskan ialah pekerjaannya telah meningkatkan kesedarannya tentang penjagaan kesihatan mulut. Pengetahuan ini turut dikongsinya dengan empat orang anak serta orang tuanya.



"Contohnya, saya menasihatkan bapa saya yang berusia 71 tahun agar menjaga gigi palsunya.



"Saya juga memantau anak-anak dalam soal kebersihan mulut mereka dan menekankan kepentingan menggosok gigi mereka dua kali sehari selain menggunakan flos pada gigi," jelasnya lagi.



Memberikan panduan kesihatan mulut dan gigi dalam kalangan warga emas, pendaftar di Jabatan Pergigian NUH, Dr Tan Mei Na, berkata ia merangkumi perkara-perkara ini:



  • Membersihkan gigi dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida dan mengamalkan flos gigi untuk membersihkan ruang antara gigi adalah digalakkan.

Bagi warga emas yang menghadapi masalah mengawal berus gigi, penggunaan berus gigi elektrik mungkin dapat membantu.



  • Elak makan snek manis bagi mereka yang sering menghadapi masalah makanan terselit antara gigi dan biasakan berkumur selepas makan.

  • Bagi pesakit kencing manis, mengawal kencing manis dengan baik adalah penting. Jika tidak, ia boleh menyebabkan atau memburukkan penyakit gusi.

Kebersihan mulut yang terkawal menunjukkan bahawa kadar gula dalam darah pada diri pesakit kencing manis juga baik.



  • Pemeriksaan kerap juga penting agar pengesanan awal dapat dibuat.

Ramai warga emas fikir bahawa mereka tidak perlu berjumpa doktor kerana mereka tiada masalah. Tetapi agak terlambat sekiranya seseorang itu menanti sehingga timbul masalah.



  • Penting bagi warga emas memahami bahawa mereka boleh mengekalkan gigi mereka sepanjang hayat. Sesetengah mereka mungkin berfikir bahawa "hilang" semua gigi adalah lumrah apabila usia meningkat, tetapi ini tidak benar.

Jika dijaga dengan baik, gigi dapat bertahan lebih lama dan ini akan membantu memastikan mutu kehidupan yang baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >