Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

DB HEARTS CHALLENGE 2019

Giat dalam sukan lasak walau kurang daya penglihatan

Nov 14, 2019 | 05:30 AM



WALAUPUN kekurangan dari segi daya penglihatannya, ini tidak bermakna beliau tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan lasak seperti bot naga atau para basikal.



Encik Hafiz Misram, 32 tahun, hanya dapat melihat 7 peratus hingga 8 peratus bagi kedua-dua matanya sejak lahir. Tetapi, baru-baru ini, mewakili Persatuan Cacat Penglihatan Singapura (SAVH), beliau dan pasukan bot naganya, 'DragonSail All The Way', memenangi tempat keempat dalam DB Hearts Challenge 2019, anjuran bersama PAssion WaVe dan DB Hearts walaupun baru pertama kali menyertainya.



"Pengalaman menarik sebab kita semua kawan-kawan. Jadi semua bekerjasama, kita tahu yang mereka semua dengan kita dalam cabaran tu. Jadi, itu yang seronok terutama sekali dengan kawan-kawan," kongsi Encik Hafiz yang memang berminat dalam sukan sejak muda lagi dan kemudian menjadi lebih giat dalam para basikal.



Pengalamannya dalam para basikal sebelum ini membantu beliau membina stamina untuk pertandingan ini dan beliau ditempatkan di bahagian belakang bot yang selalunya ditempatkan mereka yang lebih bertenaga. Walaupun kurang daya penglihatan, Encik Hafiz akan mendengar dan menurut arahan ketika di dalam bot naga agar dapat sama-sama mengemudi bot naga itu hingga ke garisan penamat. Beliau dan kumpulannya bertanding di bawah kategori Adaptif. Dalam kategori ini, setiap pasukan terdiri daripada sekurang-kurangnya lapan orang kurang upaya. Demi keselamatan, setiap orang kurang upaya digandingkan dengan seorang penyokong atau penjaga atau sukarelawan.



Menurut Cik Suryana Ali, ahli jawatankuasa, sukarelawan aktif dan pengurus kumpulan 'Paddlers with Hearts' daripada DB Hearts yang turut menyertai kumpulan Encik Hafiz:



"Dia sangat positif. Walaupun dia baru, dia berikan segala kemampuannya."



Disebabkan tenaga dan keupayaannya agar segerak, Encik Hafiz akan dilatih lagi agar menjadi lebih baik, tambah Cik Suryana.



Encik Hafiz yang berpuas hati dengan penyertaan dan kemenangan pasukannya turut berura-ura bermain bola sepak pula pada masa hadapan kerana minatnya dalam sukan yang lasak dan ingin mencabar diri sendiri.



DB Hearts Challenge 2019, yang dianjurkan bersama oleh PAssion WaVe dan DB Hearts, menyaksikan kumpulan sosial, termasuk mereka yang kurang upaya, berkumpul untuk menikmati sukan bot naga. Pasukan termasuk peserta dengan pelbagai kekurangan keupayaan telah menjalani latihan secara kerap di PAssion WaVe @ Marina Bay. Walaupun berbeza keupayaan, peserta ini bersemangat, memberikan yang terbaik semasa sesi latihan mereka dua jam seminggu. Pasukan yang menyertai DB Hearts Challenge ini telah menjalani sejumlah 45 sesi latihan diselaraskan dan disokong oleh kakitangan PAssion WaVe; dan dijalankan oleh jurulatih DB Hearts Dragon Boat.



Antara pasukan yang menyertai perlumbaan ini ialah Persatuan Cacat Penglihatan Singapura (SAVH), Society Staples and Yayasan Barah Buah Dada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >