Topik diikuti
Pergi ke BHkuGuna simpanan $70,000 buka studio kek, roti
Guna simpanan $70,000 buka studio kek, roti
Ramai peniaga berpangkalan di rumah dihambat faktor seperti modal, pengetahuan berniaga dan keyakinan memulakan ruang berniaga yang fizikal. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau dua syarikat yang mengatasi cabaran itu bagi melebarkan sayap perniagaan mereka menjangkaui rumah mereka.
Guna simpanan $70,000 buka studio kek, roti
PELABURAN NIAGA: Antara kepakaran Cik Suriani termasuk dalam bidang membuat roti, yang menjadi produk tumpuannya apabila beliau membuka ruang runcit di studionya. - Foto TAUFIK A. KADER -
Aug 12, 2016 | 5:30 AM
MEMBUKA kedai roti memang agak menggentarkan bagi peniaga dari rumah, Cik Suriani Abdul Samad, walaupun ia sesuatu yang sangat diidamkan.
Selepas lebih 10 tahun berniaga roti dan pastri dan mengajar orang tentang kemahiran itu dari rumah, Cik Suriani, 45 tahun, akhirnya mengetepikan kebimbangannya dan melabur simpanan sebanyak $70,000 untuk membuka studio membuat roti dan kek, Sisters Cookies di West Coast dua tahun lalu.
