Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Awie: Silap tinggalkan Wings dahulu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Awie: Silap tinggalkan Wings dahulu

Oct 01, 2015 | 03:17 PM



KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Wings, Awie, berkata, beliau ambil iktibar daripada kesilapan lalu apabila pernah keluar daripada kumpulan lagenda itu selama beberapa tahun.


Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, dia enggan mengulangi tindakan berkenaan dan mengambil pendekatan mendiamkan diri seandainya kurang berpuas hati dengan sesuatu perkara.


"Seperti semua sedia maklum, saya pernah keluar Wings pada satu ketika dahulu. Saya takut dengan kejadian itu. Kalau boleh saya enggan lagi berlakunya perpecahan dalam kumpulan kami.


"Mengambil iktibar daripada kesilapan lalu, saya berharap perkara lalu tidak lagi berulang kembali. Malah, kami semakin dewasa dan matang dalam membincangkan sesuatu isu.


"Saya mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri jika kurang senang dengan sesuatu perkara. Malah, mereka juga seperti tahu ada yang menganggu fikiran saya sekiranya saya diam," katanya ketika ditemui di sambutan ulang tahun ke-30 Wings di Swiss Garden Residences, di sini, semalam.


Tambah Awie, dia berbangga dengan pencapaian Wings kerana berada pada satu tahap yang membanggakan dan masih relevan selepas 30 tahun dalam persada muzik tempatan.


"Alhamdulillah Wings hingga kini masih lagi diterima baik oleh peminat muzik tempatan. Saya anggap setiap ahli Wings seperti keluarga saya sendiri.


"Isu Wings memerlukan saya dan saya boleh berdikari sebagai penyanyi solo tidak harus dibangkitkan. Bagi saya perkara itu tidak harus timbul kerana kami saling memerlukan satu sama lain," kata Awie.


Sementara itu, Awie turut meluahkan rasa terujanya menjelang Konsert 30 Tahun Wings yang akan diadakan di Stadium Merdeka pada 31 Oktober ini.


Konsert bertemakan 'rock and roll' itu bakal dimeriahkan oleh barisan artis popular tempatan.


"Buat masa ini saya belum dapat mengesahkan lagi barisan artis yang bakal membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu Wings. Namun, saya terharu kerana ramai artis yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada konsert itu nanti.


"Malah, penunggang motosikal berkuasa besar dari seluruh negeri memaklumkan mereka akan turun padang bagi menyaksikan konsert itu nanti. Kami akan memberikan yang terbaik dan tidak akan menghampakan peminat yang datang dari jauh," katanya.


Harga tiket bagi menyaksikan konsert itu adalah RM48, RM85 dan RM285.


Tiket boleh dibeli secara online bermula 24 Ogos lalu melalui laman www.ticketholine.com.my Maklumat lanjut mengenai konsert itu juga tersedia menerusi laman sesawang www.sayap2wings.com. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >