Premium
Estranged kembali 'Sepenuhnya'
*Hasilkan album terbaru setelah empat tahun menyepi *Mahu bentuk identiti baru
Feb 24, 2016 | 5:30 AM
HASIL MEMUASKAN: Fazura turut menyumbang suara dalam lagu 'Hancur Aku' yang dimuatkan dalam album terbaru kumpulan Estranged yang dianggotai (dari kiri) Din, Rich Gimbang dan Hanafi. - Foto UNIVERSAL MUSIC SINGAPORE -
EMPAT tahun menyepi, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan kumpulan alternatif rok Malaysia, Estranged, yang dahulu pernah menggegarkan industri muzik negara itu dengan lagu hitnya, Itu Kamu.
Dianggotai vokalis Rich Gimbang, pemain gitar Din serta pemain bes Hanafi, kini Estranged lebih fokus dalam membina semula kerjaya muzik dengan hala tuju yang lebih jelas. Kembali dengan album terbaru, Sepenuhnya Vol 1, band ini tampil berbeza dengan harapan dapat menghasilkan lagu-lagu yang lebih matang.

