Premium
M. Nasir: Setiap lagu 'Kembara' unik
Terdapat ramuan sendiri dan kupas isu sosial dan identiti Melayu
Nov 18, 2014 | 5:30 AM
SUSURI NOSTALGIA: Datuk Dr M. Nasir (tengah) teruja menyusur jalan kenangan lagu-lagu rakyat Kembara dalam Konsert Hati Emas Kembara di Istana Budaya, hujung minggu ini. Bersamanya ialah anggota Kembara (dari kiri) S. Sahlan, A. Ali, Cheman dan Zoul. - Foto LUNCAI EMAS SDN BHD -
SENTUHAN emas Datuk Dr M. Nasir sentiasa 'menjadi', baik sama ada ketika beliau mencipta lagu buat dirinya sendiri, bandnya Kembara, mahupun tatkala menyumbangkannya buat penyanyi lain seperti Hafiz Suip, Datuk Siti Nurhaliza atau kumpulan Search.
Bagaimanapun, ketika ditanya apakah formula atau 'ramuan rahsia' yang beliau gunakan bagi setiap lagu hit, komposer yang dikenali dengan jawapan sepatah dua kata itu tertawa seraya berkata:

