Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Nasir imbas penubuhan Search

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Nasir imbas penubuhan Search

May 27, 2016 | 03:41 PM



KUALA LUMPUR: Perintis kumpulan rok Search, Nasir Daud, mengaku 'rimas' kerana sering diajukan soalan tentang bagaimana kugiran terkemuka itu ditubuhkan.



Disebabkan itu, Nasir yang mengenakan nama 'Nasir RockFather' menceritakan hal tersebut di laman Facebook beliau sendiri pada Selasa lalu (24 Mei).



"Kebelakangan ni ramai yang bertanya isu pengasas Search. Saya juga turut rimas apabila diajukan soalan yang sama.



"Seperti yang saya katakan di posting minggu lalu, Search adalah sebuah institusi dan ia menjadi milik masyarakat Malaysia dan milik fans (peminat) khasnya yang setia menyokong dan kekal releven sehingga kini.



"Kami hanya 'penggerak' sahaja. Kami akan 'pergi' tetapi legasi Search kekal abadi buat selama lamanya.



"Justeru saya ambil sedikit masa berharga saya untuk share (kongsi) apa yang tersemat segar di ingatan untuk peminat-peminat yg saya kasihi. Anda BERHAK tau," tulisnya.



Search kini dianggotai: pemain dram, Yazit Ahmad; penyanyi, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy; pemain gitar bass, Nasir Daud; Noordin Taib (gitar irama); dan, Hamzah Mohd Taib atau Kid (gitar utama).



Nasir menyifatkan perjalanan seni Search adalah "peristiwa rock and roll'.



"Sekitar 1980 saya dan Yazit main musik di Macinta Niteclub (di Johor Bahru).



"Setelah lebih kurang setahun bekerja di situ, suatu hari Yazit beritahu saya dia nak ke Kuala Lumpur kerana ada offer (tawaran) dari Zainal, Hiliary dan Memek



"Saya tergamam seketika kerana tahu akan ditinggalkan kawan sebilik sekatil satu band (kugiran).



"Dia kata jangan risau dia pergi untuk sementara sahaja dan adiknya (Zahid) sebagai pengganti," ceritanya tentang perjalanan awal kumpulan itu.



"Beberapa minggu selepas itu Yazit dan Hiliary balik JB (Johor Bahru) mencari rock vokalis.



"Zainal sudah tidak bersama mereka lagi. Amy menjadi favourite (pilihan) Hillary untuk mengisi posisi frontman (barisan depan).



"Yazit kata pada saya "lu standby je beb, kalau wa kata naik lu naik, sekarang ni bassist masih Memek"



"Kemudian saya bertemu dengan management niteclub (pihak pengurusan kelab malam) beritahu yang saya tidak lagi mau bermain disitu," ceritanya panjang lebar dan mengakui memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas Mara Express.



"Setiba di KL, rakan sekolah saya Din Arshad (jurugambar professional) ajak saya lepak di rumahnya di Bangsar. Kemudiannya baru saya bertemu Yazit dan yang lain di Red Rooster (sebuah kelab malam) pada sebelah malam waktu Search bekerja," ceritanya dan menyatakan tatkala memasuki 1981 masa telah berlalu pantas.



"(Masa itu), Sahara Yaakob, penyanyi Rock&Blues terkenal ketika itu buat tawaran kepada Yazit sebagai band pengiring show (persembahan) dia yang eksklusif di Hilton KL. Yazit tinggalkan Search dan terima tawaran tersebut. Dia bawak Hiliary dan saya join (sertai) Sahara. Bermulalah episod sedih...



"Amy ditinggalkan seorang diri, dia menyewa bilik dengan kawannya di daerah Chow Kit.



"Amy bercerita dia membantu seorang peniaga menjual bunga plastik di suatu kawasan disitu untuk cari duit makan dan minum.



"Kami bertiga tinggal di bungalow Sahara di Sekyen 14 PJ (Petaling Jaya, Selangor) sebilik bertiga.



"Setelah selesai show di Hilton, Sahara pergi bercuti di London selama setengah bulan. Tinggallah kami bertiga...



"Sepanjang ketiadaan Sahara kami membuat Turning Point (titik perubahan) penting dalam karier Search



"Amy datang ke banglo kami tinggal yang dilengkapi alat muzik dan berlatih secara 'rahsia' tanpa pengetahuan sesiapa. Kami merancang untuk kembali bermain di Red Rooster," cerita Nasir tentang kebangkitan semula Search.



"Jiwa Rock n Roll kami meronta-ronta mau main lagu-lagu rok seperti LedZep (Led Zapellin),Queen, Black Sabbath, Ozzy,Van Halen, Y&T, Thin Lizzy, Triump, Rush, Scorpion, UFO, Michael Schenker, Quiet Riot, Judas Priest, Iron Maiden, Deep Purple, Dio, Rainbow, Pink Floyd, Night Rangers, Gary Moore, Whitesnake, dan sebagainya.



"Malam ketiga kami pulang dari main di Red Rooster, Sahara tercegat di depan pintu menunggu kami.



"Kami di haruk Sahara yang berang (takyah saya cerita detail (terperinci) apa yg terjadi)...



"Sahara sangat kecewa dgn keputusan Search mau kembali ke 'Rock n Roll'. Kami diminta tinggalkan banglo tu dgn segera. Kami sempat capai tuksedo semasa mengemas baju sebelum pergi," ujar dan menyatakan kejadian itu menjadi punca Search beriltizam untuk terus memperjuangkan muzik rock-and-roll.



"Setelah itu Search terus komited dengan perjuangan Rock n Roll, menukar lanskap muzik Malaysia, menjadi trendsetter (pemula trend) kepada golongan muda dan band (kugiran) rock mula tumbuh seperti cendawan di merata pelosok.



"Kepentingan dan kekuatan individu Search memang tidak disangkal tetapi kami mempunyai Amy sebagai frontman (anggota barisan depan) yang punyai pakej sempurna, yang tiada galang ganti membawa suara Search ke seluruh dunia.



"Secara jujurnya Amy adalah 'trump card' (kunci kejayaan) Search



"Pada hemat saya, Zainal yang meletak batu asas dan kemudian kami yang berjuang dan membangunkan Search diatas laluan yg penuh duri, darah, peluh, airmata, tawa, cerai, rujuk dan sebagainya.



"Walau bagaimanapun rintangan Search tetap TEGUH.



"Di satu temuduga Search saya diminta memberi tiga patah perkataan untuk Search: Nothing to Compare. (Tiada apa yang boleh dibandingkan)," ujarnya mengakhiri kisah penubuhan Search.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >