Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

JA Halim dalam ICU, keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

JA Halim dalam ICU, keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar

Dec 12, 2019 | 10:04 AM



DRAMATIS veteran JA Halim sedang dalam keadaan sangat kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU) Hospital Tan Tock Seng setelah diserang angin ahmar malam semalam.



Ini disahkan sendiri anaknya, Helmindra, yang mengatakan bapanya itu, 71 tahun, sedang menghadiri mesyuarat dengan Sriwana bersama beberapa rakan artis lain apabila beliau diserang angin ahmar pada sekitar 9 malam semalam (Rabu, 11 Dis).



Ambulans dipanggil untuk membawanya ke hospital di mana imbasan CT kecemasan dilakukan.



"Selepas doktor buat CT scan, mereka dapati urat dalam otak bapa saya pecah dan darah sudah merebak ke satu suku otaknya dalam hanya enam jam," kongsi Encik Helmindra.



Beliau menambah ahli keluarga terdekat kini berada di sisi bapanya itu di hospital dan membacakannya surah Yassin. 



JA Halim kini tidak sedarkan diri dan berada dalam koma, kata anaknya itu.



"Kami semua sedang perhatikan...tak pernah nampak bapa saya macam gini.



"Saya hanya nak semuanya dipermudahkan baginya dan tak susah untuknya," ujar Encik Helmindra.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >