Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jejak kejiranan, kitar semula perabot secara kreatif

Nov 18, 2018 | 5:30 AM
KEGUNAAN PERABOT TERPAKAI: Sayap pendidikan dan mendekati masyarakat Cake Theatrical Productions, Sweet Tooth, akan membawa orang ramai mengelilingi kejiranan Woodlands sambil mendengar cerita penduduk, menyaksikan persembahan dan kitar semula perabot lama menjadi prop seni. - Foto MAJLIS SENI KEBANGSAAN
KEGUNAAN PERABOT TERPAKAI: Sayap pendidikan dan mendekati masyarakat Cake Theatrical Productions, Sweet Tooth, akan membawa orang ramai mengelilingi kejiranan Woodlands sambil mendengar cerita penduduk, menyaksikan persembahan dan kitar semula perabot lama menjadi prop seni. - Foto MAJLIS SENI KEBANGSAAN -

INGIN mengenali kejiranan Woodlands yang penuh dengan flat jumbonya? Mengapa tidak ikuti kumpulan Sweet Tooth dalam satu kegiatan jejak kejiranan?

Sambil mendengar cerita penduduk tentang barangan terpakai seperti perabot lama yang diwarisi zaman-berzaman, anda boleh ketahui lebih lanjut tentang proses mengitar semula perabot ini menjadi karya seni.

Kegiatan yang diberi nama 'Jumbo Fabrica' ini diusahakan Sweet Tooth, sayap pendidikan dan mendekati masyarakat kumpulan teater Cake Theatrical Productions.

Ia merupakan sebahagian acara Seni Di Kejiranan Anda (AYN) kendalian Majlis Seni Kebangsaan (NAC).

Orang ramai yang mendaftarkan diri bagi acara ini berpeluang mengitar secara kreatif barangan terpakai ini di kolong blok.

Sepanjang perjalanan 50 minit di sekitar kejiranan Woodlands ini, mereka akan juga dihiburkan dengan pelbagai persembahan.

Mereka boleh lihat bagaimana perabot lama dijadikan prop dan penghias persembahan.

Terdapat tiga stesen sepanjang jejak kejiranan ini. Setiap peserta akan diberikan panduan audio dengan kisah penduduk kejiranan itu diceritakan satu persatu.

Di setiap stesen, disajikan persembahan kreatif yang diusahakan secara langsung.

Antara esok dengan 25 November ini, anda boleh menghadiri sesi kitar semula perabot menjadi seni pemasangan di Plaza Masyarakat Kampung Admiralty. Masa yang diperuntukkan antara 11 pagi dengan 6 petang.

Sesi jejak kejiranan pula diadakan antara 4 petang dengan 7 malam pada 24 dan 25 November ini.

Pendaftaran boleh dibuat di https://jumbofabrica.peatix.com.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg