Topic followed successfully
Go to BHkuJelita, berbakat besar dan murah hati
Premium
Jelita, berbakat besar dan murah hati
Jul 6, 2014 | 6:00 AM
Jelita, berbakat besar dan murah hati
SIFAT DERMAWAN: Allahyarhamha Sharifah Aini diingati kerana sifat dermawan dan kesediaannya mendekati peminat dan wartawan hingga ramai yang akhirnya menjadi sahabat. Kemurahan hatinya terlihat pada kesediaannya menanggung yuran pelajaran anak-anak yatim di dalam dan luar negara, termasuk 40 pelajar tahfiz Al-Quran. - Foto fail -
"KALAU datang Kuala Lumpur, tak payah tidur hotel. Tidur saja di rumah Kak Ani... Kak Ani boleh masak... kita sembahyang jemaah sama-sama."
Entah berapa kali pelawaan itu dibuat menerusi SMS kepada wartawan, bukan daripada calang-calang penyanyi, tetapi yang bergelar Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini.

