Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Kegiatan, pergaulan sesama warga bantu minda cerdas, badan sihat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kegiatan, pergaulan sesama warga bantu minda cerdas, badan sihat

Jan 20, 2019 | 05:30 AM



BERGAUL dengan warga yang hampir seusia menerusi pelbagai kegiatan merupakan amalan harian Cik Juriah Amat, 72 tahun, sejak bertahun lamanya.



Bagi nenek sembilan cucu itu, amalan sedemikian membuat mindanya lebih cerdas dan tubuhnya pula terasa lebih sihat.



"Apakan tidak... setiap kali bertemu rakan-rakan hampir sebaya atau yang lebih tua, kami sering sahaja berbual dan berbincang tentang pelbagai topik menarik.



"Daripada topik tentang ehwal dapur dan masakan, masalah kesihatan hinggalah kepada isu-isu keluarga.



"Kami juga bersenam selain terlibat dalam pelbagai kegiatan akar umbi bersama," ujar ibu empat anak itu lagi.



Ternyata penglibatan dengan rakan-rakan yang hampir sebaya mendedahkannya kepada peluang menjalani pemeriksaan kesihatan tubuh.



Baru-baru ini, beliau mendapat tahu daripada beberapa Duta Generasi Warga Emas mengenai Projek Pemeriksaan Warga Emas (PSS) - sebuah program pemeriksaan fungsi yang bertujuan membaiki mutu kehidupan warga emas.



Ia berlangsung di salah sebuah sekolah rendah berdekatan dengan flat sewanya di Commonwealth Crescent.



Dalam pemeriksaan itu, beliau dan suaminya, Encik Arham Taman, 81 tahun, menjalani pemeriksaan daya penglihatan, pendengaran dan kesihatan mulut agar pemintasan awal boleh dilakukan sekiranya perlu.



Menerusi PSS, warga emas yang memerlukan alat bantuan akan dikaitkan dengan khidmat jagaan relevan dalam masyarakat dan mempunyai akses kepada kaca mata, alat pendengaran dan gigi palsu yang dimampui.



Dengan alat bantuan setelah menjalani pemeriksaan PSS, mereka dapat menjalani masa-masa tua dengan selesa bersama masyarakat.



Sasaran pemeriksaan fungsi ini ialah warga emas penduduk Singapura yang berusia 60 tahun ke atas.



Tiada bayaran dikenakan bagi pemegang kad Generasi Perintis (PG), $2 bagi kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) dan $5 bagi penduduk lain.



Pemeriksaan fungsi berbeza daripada pemeriksaan penyakit kronik yang menilai risiko kardiovaskular (seperti kencing manis, kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi).



Orang ramai perlu berpuasa sebelum menjalani pemeriksaan penyakit kronik. Bagaimanapun, tidak demikian bagi pemeriksaan fungsi.



"Alhamdulillah, kakitangan yang periksa saya mendapati pendengaran telinga kanan saya mungkin terjejas sedikit. Tapi mak cik tak rasa apa-apa pun.



"Pak cik pula yang sebelum ini pernah menjalani prosedur bersihkan telinga dan memerlukan alat pendengaran untuk seketika, kini tidak lagi memakainya... nampaknya beliau tidak lagi menghadapi sebarang masalah pendengaran,'' katanya.



Pada masa ini, pasangan yang tinggal di flat sewa dua bilik itu tidak menghadapi banyak masalah kesihatan.



Sedang Encik Arham menghidap sedikit masalah kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi, Cik Juriah pula mengalami penyakit kencing manis. Bagaimanapun, suami isteri itu mampu mengawal masalah kesihatan mereka.



Malah Encik Arham masih mampu lagi bekerja sebagai kakitangan sambilan di sebuah pasar raya di kawasan bandar.



Bagi menjamin kebersihan makanan dan kesihatannya, setiap hari beliau membawa bekalan makanan untuk sarapan dan makan tengah hari yang disediakan isterinya.



"Malah kopi panas pun disediakannya setiap hari untuk saya bawa ke tempat kerja,'' tambah Encik Arham yang juga tidak memerlukan tongkat semasa berjalan.



Siri ini merupakan satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan bagi Penuaan Berjaya




"Apakan tidak... setiap kali bertemu rakan-rakan hampir sebaya atau yang lebih tua, kami sering sahaja berbual dan berbincang tentang pelbagai topik menarik. Daripada topik tentang ehwal dapur dan masakan, masalah kesihatan hinggalah kepada isu-isu keluarga. Kami juga bersenam selain terlibat dalam pelbagai kegiatan akar umbi bersama.''
-Cik Juriah Amat, 72 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >