Keluar dari zon selesa dengan lagu dwibahasa Melayu-Mandarin
Premium
Keluar dari zon selesa dengan lagu dwibahasa Melayu-Mandarin
Sep 19, 2019 | 5:30 AM
SENTIASA USAHAKAN IDEA BARU: Bagi kekal relevan dalam industri seni yang mencabar, penyanyi dan penggubah lagu Singapura, Jamiel Said, teroka pula lagu dwibahasa, Ku Mahu-Zaihu, yang terpilih ke peringkat akhir peraduan mencipta lagu pop Mandarin peringkat nasional, akhir bulan ini. - Foto BH oleh KHIDHIR ASYRAF MAHBOB -
PASANG surut kehidupan anak seni sudah pun dirasakan lulusan ijazah pengurusan perniagaan daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Muhammad Jamiel Mohd Said.
Namun Jamiel, 37 tahun, yang mencipta nama di seberang Tambak menerusi lagu Cincin Di Jari (runut bunyi drama Kekasih Paksa Rela), akur mengenai konsep rezeki yang sudah Tuhan tetapkan buat setiap insan asal sahaja ada keinginan bekerja keras.

