Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kencing manis semasa hamil boleh sebabkan risiko kesihatan pada ibu, bayi

Gaya Hidup
31
0

Kencing manis semasa hamil boleh sebabkan risiko kesihatan pada ibu, bayi

Oct 10, 2018 | 05:30 AM

KENCING manis semasa mengandung (GDM) merupakan sejenis kecing manis yang terjadi hanya semasa hamil.

Ia berlaku apabila tubuh tidak menghasilkan insulin mencukupi (hormon yang penting dalam mengawal kadar glukos darah) untuk memenuhi keperluan tambahan dalam kehamilan.

Ini akan menyebabkan kadar glukos darah lebih tinggi berbanding biasa.

Menyatakan demikian, Konsultan Pusat Wanita Hospital Universiti Nasional (NUH), Dr Claudia Chi, berkata kencing manis sedemikian biasanya bermula di pertengahan atau akhir tempoh kehamilan.

Sekiranya dikesan di peringkat awal kehamilan, kemungkinan kencing manis telah wujud sejak sebelum hamil.

"Kebanyakan wanita yang menghidap kencing manis sedemikian mempunyai kehamilan sihat dan bayi yang sihat.

"Namun kadangkala, kencing manis semasa mengandung boleh sebabkan masalah serius terutamanya jika ia tidak dikenal pasti atau kadar glukos darah tidak dikawal rapi," jelasnya.

Glukos merentasi plasenta secara mudah, justeru kadar glukos darah yang tinggi (hiperglisemia) dalam ibu itu menyebabkan kadar glukos darah dalam bayi yang masih dalam kandungan, naik tinggi.

Akibatnya bayi itu menghasilkan lebih insulin untuk mengurangkan kadar glukos darahnya.

"Ini kemudian boleh membuat bayi itu tumbuh lebih besar daripada normal, terutamanya di sekitar perut, dan meningkatan kemungkinan memerlukan rawatan bagi mendorong kelahiran, sukar melahirkan, atau trauma semasa lahir.

"Akan terdapat sedikit peningkatan risiko bayi meninggal dunia dalam rahim apabila si ibu tidak mendapatkan rawatan bagi kencing manis semasa mengandung.

"Insulin tambahan yang dihasilkan bayi semasa kehamilan boleh menyebabkan kadar glukos darah menjadi rendah dalam bayi selepas lahir,

"Bayi itu juga berisiko lebih tinggi mengalami masalah pernafasan dan penyakit kuning," jelas beliau.

Apabila berlakunya kencing manis semasa mengandung, maka risiko si ibu menghidap tekanan darah tinggi yang diberi nama pre-eclamsia semasa kehamilan adalah tinggi.

Tambahan, ibu yang menghidap kencing manis semasa mengandung berkemungkinan besar menghidap kencing manis Jenis 2 dalam kehidupannya kelak.

"Meskipun dalam banyak kes kadar glukos darah kembali normal dalam tempoh enam minggu selepas melahirkan bayi, wanita sedemikian berisiko tujuh hingga 10 kali lebih tinggi menghidap kending manis Jenis 2 kelak.

"Bayi juga berisiko lebih tinggi menjadi obese dan menghidap kencing manis dalam kehidupannya," kata Dr Chi.

Dalam e-mel berasingan, Ketua dan Konsultan Kanan Pusat Wanita NUH, Profesor Yong Eu Leong, memberitahu bahawa risiko berlakunya kencing manis Jenis 2 dalam kehidupan bertambah sehingga tujuh kali bagi wanita yang menghidap GDM.

Namun kajian telah menunjukkan bahawa amalan gaya hidup sihat dan mengurangkan berat badan secara sederhana dapat mengurangkan risiko kencing manis jenis kedua dengan banyak.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3