Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Gaya Hidup

Kerja syif bukan penghalang buat seniman muda hasil karya

Kesungguhan buah hasil apabila diberi peluang pamer hasil seni di Ministry of Recovery di Oxley BizHub bulan lalu
Oct 03, 2019 | 05:30 AM

MUHAMMAD Nurman Selamat, sanggup menghabiskan masa dan gaji untuk membeli cat akrilik dan kanvas hanya untuk mengongsi secebis kehidupan dan alam maya dalam bentuk lukisan.

Dengan pekerjaan beliau sebagai penyelia di syarikat Certis di Lapangan Terbang Changi Terminal 2, syif yang agak panjang dan tidak menentu masih membolehkan beliau untuk berkarya.

Berbekalkan sebuah sanggar diruang kamarnya, beliau mencalit titisan dengan cermat tanpa merasa lelah mahupun kesunyian apabila beliau berkarya dengan lukisan.

Beliau yang yang berkelulusan diploma kejuruteraan aeronautik melukis dengan penuh erti memaparkan kesedihan, kepahitan mahupun kehilangan sesuatu yang beliau pernah miliki dan sayangi.

Melalui karyanyanya, beliau mengongsi lumrah kehidupan yang setiap insan harus tempuhi dengan tabah dan yakin diri.

Hasil gigihnya, beliau diberi peluang mempamerkan hasil seninya pada 14 Septmber lalu di Ministry of Recovery di Oxley BizHub, Ubi Road 1.

Di situlah beliau mempamerkan lukisan 'Bayi' yang berukuran 121sm x 91sm, yang termahal di dalam pameran tersebut.

"Lukisan bertajuk Bayi ini adalah wawasan warisan bangsa untuk meneruskan hala tuju yang hendak dibina oleh bangsa itu sendiri.

"Setiap bayi yang lahir didunia, mempunyai fungsi yang tersendiri untuk mencapai kemakmuran dan bangsa jati diri.

"Jika bayi yang dilahirkan dalam keadaan suasana huru hara dan tidak aman, manakah boleh seseorang bayi itu dapat hidup dengan sempurna dan membina akal pikiran yang sihat dan sejahtara.

"Bayi adalah seperti kain putih yang dicorakkan mengikut arus kemajuan. Keluarga juga memainkan peranan yang amat penting membentuk corak yang dikehendaki untuk jati diri,'' katanya.

Kini beliau bersiap pula untuk mempamerkan hasil karyanya ke luar negara setelah diundang ke Munich, Jerman, tahun depan.

Beliau akan membawa lukisan 'expressive' yang penuh dengan garisan arang atau dakwat yang berwarna hitam dan bertenaga untuk tujuan memberi kesan hebat pada sesuatu karya yang hendak disampaikan.

Nurman, 25 tahun, yang juga anak bongsu empat beradik yang bukan dari darah seni yang mengalir di kalangan keluarganya ingin meneroka menerusi panca inderanya untuk menujukkan kesyahduan ataupun kemelut seseorang insan yang menjalani kehidupan seharian menerusi karyanya.

Bagi Norman, menghabiskan masa untuk berkarya dan menjual lukisan bukanlah untuk hasil pendapatan semata tetapi setiap seniman mempunyai cita rasa yang amat murni yang disematkan didalam diri mereka.

Sebuah lukisan bertajuk "Free Thinker" 85sm x 56sm (tidak dijual) adalah hadiah untuk ibu dan ayah beliau.

"Pola-pola yang terdapat pada kanvas ini bercorak abstrak bunga yang tiada tolak bandingnya semerbak bunga kasturi.

"Ia adalah hasil dedikasi dan belaian kasih yang tidak dapat dibalaskan dengan wang tetapi dengan hanya memberi balik apa yang telah ibu bapa saya laburkan,'' ujarnya.

Dalam masa yang sama, beliau sedar ilmu yang diraih tidak mencukupi dan beliau ingin meneruskan pengajian diperingkat diploma di sebuah maktab seni lukisan di sini.

  • Artikel sumbangan pensyarah Politeknik Nanyang dalam jurusan Reka Bentuk dan Pembentukan, Encik Ayob Ismail

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian