Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lagu baru Siti 'Anta Permana' meletup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lagu baru Siti 'Anta Permana' meletup

Sep 22, 2018 | 05:30 AM



'SINGLE' terbaru penyanyi terkenal negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Anta Permana, yang baru dilancar di wadah digital semalam, berada di kedudukan teratas carta iTunes Malaysia.



Malah, tanda pagar #AntaPermana menjadi trend di peringkat global laman Twitter sejak tengah malam tadi.



Siti, 39 tahun, atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, berkata lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu dilancar serentak di semua platform digital dan radio tempatan.



"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan dan maklum balas diterima. Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa menyokong lagu saya.



"Ini kerjasama pertama antara saya dengan Hael dan Ezra. Ini tercetus apabila Hael menyatakan hasrat mahu memberi lagu ciptaannya kepada saya sejak Februari lalu.



"Kali pertama didengar demo lagu ini pada Mei, saya terus tertarik dan bersetuju merakamnya. Proses rakaman dibuat bulan lalu berjalan lancar," katanya, lapor Harian Metro.



Berkongsi mengenai lagu terbitan Siti Nurhaliza Productions dan edaran Universal Music Malaysia itu, Siti berkata Anta Permana diambil daripada perkataan Melayu klasik yang bermaksud 'tidak terkira' atau infiniti.



"Lagu ini mengisahkan cinta sejati yang tiada bandingan. Pemilihan judul lagu ini, selain maknanya yang bertepatan lirik lagu, saya berusaha memperkenal kembali perkataan Melayu klasik yang jarang digunakan.



"Saya menaruh harapan tinggi dengan kemunculan 'single' terbaru ini dan berharap agar peminat muzik tempatan akan menyukainya,"katanya.



Menurut Siti, beliau bersetuju merakam lagu itu kerana meyakini bakat yang dimiliki dua penggubah tersebut.



Beliau juga akan memperkenal video muzik lagu itu di laman perkongsian video YouTube.



Muzik videonya dijangka boleh ditonton menerusi akaun YouTube Vevo 'DatoSNurhalizaVEVO' bermula minggu depan.



Dalam pada itu, Hael terus mengukuhkan portfolio seninya apabila karya ciptaan penyanyi Jampi itu bersama Ezra terus menjadi pilihan kedua-dua artis berpengaruh dan yang kini mencipta nama.



"Selepas cita-cita mahu berduet dengan Dayang Nurfaizah tercapai awal tahun ini, satu lagi impian saya adalah bekerjasama dengan Siti yang juga penyanyi nombor satu negara.



"Ini tentu saja menjadi pencapaian peribadi membanggakan yang akan dikenang selama-lamanya," katanya.



Anta Permana kini boleh dimuatturunkan daripada semua wadah digital seperti Apple Music (iTunes), Spotify, Joox dan KKBox.




"Lagu ini mengisahkan cinta sejati yang tiada bandingan. Pemilihan judul lagu ini, selain maknanya yang bertepatan lirik lagu, saya berusaha memperkenal kembali perkataan Melayu klasik yang jarang digunakan. Saya menaruh harapan tinggi dengan kemunculan 'single' terbaru ini dan berharap agar peminat muzik tempatan akan menyukainya."
- Datuk Seri Siti Nurhaliza.




"Selepas cita-cita mahu berduet dengan Dayang Nurfaizah tercapai awal tahun ini, satu lagi impian saya adalah bekerjasama dengan Siti yang juga penyanyi nombor satu negara. Ini tentu saja menjadi pencapaian peribadi membanggakan yang akan dikenang selama-lamanya."
- Hael Husaini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >