Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Lawak spontan Fikry ubat jiwa lara peminat S'pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lawak spontan Fikry ubat jiwa lara peminat S'pura

Jan 21, 2018 | 05:30 AM



Jika ada yang menyangka kerja seorang pelawak itu mudah atau kedudukan pelawak dalam dunia hiburan hanya sebagai rencah tambahan serta penawar duka penonton, anda tersilap sebenarnya. Di Malaysia, pelawak sering diberi amanah besar sebagai pengacara program realiti popular. Sesetengah daripada mereka juga adalah usahawan yang serius membangun niaga. HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan.



JENAKA spontan tentang isu semasa dan kehidupan seharian yang dilontarkan pelawak asal Kedah, Fikry Ibrahim, membuat ramai tidak kering gusi.



Ditambah fesyen rapi yang digayakan, sudah mula ada peminat yang memberinya julukan 'Pelawak Paling Tampan' dalam industri hiburan Malaysia.



Mereka juga tersentuh dengan kejujurannya berkongsi cebisan kisah peribadi tentang dirinya yang dewasa dalam suasana keluarga bercerai-berai.



Fikry, 24 tahun, yang nama sebenarnya, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, ternyata diminati ramai di Singapura dengan sebilangannya terdiri daripada gadis remaja dan wanita pertengahan usia yang gemarkan drama popular yang dijayakannya, Hero Seorang Cinderella.



Dalam sesi pertemuan peminat Singapura di Warung In The East baru-baru ini, mereka tampil memberi sokongan buat jejaka yang mula dikenali selepas mendapat tempat ketiga dalam peraduan realiti komedi 'stand-up', Lawak Solo.



Sesi tersebut anjuran FA Event & Entertainment dengan sokongan Kelab Peminat Rasmi Fikry Ibrahim di Singapura, Fikry Ibrahim Team SG.



Ketika ditemui Gah!, Fikry, yang masih memburu ijazah dalam bidang pengiklanan di Fakulti Komunikasi Massa dan Pengajian Media di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, berkata:



"Saya tak sedar pun saya ni kelakar. Keinginan saya ketika mencuba nasib dalam Lawak Solo didorong hasrat menggembirakan orang lain.



"Sewaktu sesi uji bakat diadakan di Pulau Pinang, saya sedang dalam cuti penggal di universiti. Saya beritahu pak cik saya akan keinginan meninjau bakat lawak saya.



"Boleh dikatakan, bermacam dugaan saya hadapi. Antaranya, kereta rosak dalam perjalanan.



"Tatkala dinilai pula, saya paling tak puas hati kalau ada yang dakwa saya tiru atau jiplak karya jenaka orang lain."



Menurutnya, dirinya dilihat pengadil memiliki pesona pelawak, personaliti dan karisma yang dicari-cari.



Namun, beliau diberi ruang 20 minit bagi memikirkan lawak asli yang tidak pernah didengar orang.



"Saya kembali semula dengan semangat ingin membuktikan bahawa saya tidak meniru sesiapa.



"Komedi 'stand-up' saya datang daripada minda dan pengamatan sendiri. Tak sanggup kalau ada rasa saya meniru idea orang lain," kongsinya yang menyanjungi pelakon komedi legenda P.Ramlee, pelawak 'stand-up' Canada, Russell Peters, dan pelakon komedi Amerika, Kevin Hart.



Baginya, kehidupan ada pasang surutnya. Sebelum 'dilamar' sebagai pelakon dan pengacara program kembara Jalan-Jalan Makan Angin serta peraduan realiti lagu kerohanian, Gema Gegar Vaganza, beliau terbiar tanpa tugas selama empat bulan.



"Saya dah reda ketika itu. Nak sambung belajar di universiti dan balik kampung. Mungkin ini bukan jalan saya. Tapi kita tak tahu apa yang Allah dah berikan sebagai rezeki buat kita.



"Tahu-tahu, ada panggilan daripada saluran TV3 bagi saya mengacarakan program Jalan-Jalan Makan Angin.



"Saya kemudian ada pihak pengurusan sendiri. Maka rezeki saya kemudian bertambah. Satu demi satu projek saya perolehi sampailah sekarang," katanya dengan nada penuh kesyukuran.



Fikry juga bersyukur digandingkan dengan pengarah, rakan artis dan kru belakang tabir penerbitan yang sudi membantunya.



Dengan kepopularan yang dinikmati dan pengikut Instagramnya mencecah 352,000 orang, beliau tampak segan apabila ada yang menggelarnya 'Pelawak Paling Tampan'.



"Taklah setampan mana. Saya rasa Nabil Ahmad dan ramai lagi yang lebih segak daripada saya.



"Mungkin saya bergaya rapi. Nak buat komedi 'stand-up' ni, mesti nak 'smart'!



"Selepas saya tampil dalam Lawak Solo dengan gaya sebegitu, saya lihat ramai lagi pelawak yang berani bergaya demi meraih keyakinan diri mereka di pentas. Siapa kata pelawak tak perlu pentingkan penampilan?



"Bagi saya, ia juga mustahak selain kejujuran, keikhlasan dan kesedaran tentang apa yang ingin disampaikan atau dikongsi.



"Lawak jenaka adalah wadah paling berkesan dalam kita ingin mengubah minda masyarakat, berdakwah atau menyampaikan sindir-sindir sayang," jelasnya lagi.



Sebagai pemuda yang menitikberatkan masa depan dan bercita-cita menjadi usahawan berjaya, Fikry tidak mengenepikan peluang menimba ilmu pemasaran dan pengiklanan lantas memburu ijazah khusus dalam bidang ini.



Beliau pernah mengendalikan kedai dobi tetapi perniagaan itu tergendala kerana saingan daripada sebuah kedai dobi lain di lokasi sama.



"Banyak kali juga saya kecewa dalam kehidupan. Tapi saya ingat pesan mak saya agar saya belajar daripada kesilapan dan hargai setiap rezeki yang diterima.



"Saya juga lihat dunia lawak di Malaysia berkembang pesat. Pelawak kini mengacara, menyanyi dan menjadi penyampai radio.



"Kami tak mampu duduk dalam zon selesa kami. Sebaliknya, perlu pertingkat kreativiti mengikut kesesuaian bakat yang ada.



"Tapi jangan suruh saya menyanyi. Kalau saya dah mula, orang akan membenci saya! Hancur lebur nyanyian saya," jelasnya sambil tertawa.



Cik Nazneen Hussain yang mengasaskan Fikry Ibrahim Team SG pula berkata:



"Saya sendiri datang daripada keluarga yang bercerai-berai. Melihat Fikry menggagahi segalanya malah mampu berkongsi perjuangan hidupnya secara bersahaja buat saya kagum.



"Saya sendiri tak kuat melalui ujian ini tapi beliau beri saya semangat bahawa setiap kesusahan itu ada jalan keluarnya."



"Banyak kali juga saya kecewa dalam kehidupan. Tapi saya ingat pesan mak saya agar saya belajar daripada kesilapan dan hargai setiap rezeki yang diterima.

Saya juga lihat dunia lawak di Malaysia berkembang pesat. Pelawak kini mengacara, menyanyi dan menjadi penyampai radio."

- Fikry Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >