Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Misha nasihat artis muda usah mudah kecewa

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Gaya Hidup
31
0

Misha nasihat artis muda usah mudah kecewa

Jul 18, 2018 | 05:30 AM

BERGELAR artis merupakan tanggungjawab besar yang datang dengan cabaran silih berganti.

Pelantun lagu 'hit' Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar, 36 tahun, malah pernah melalui kepahitan beberapa lagunya ditolak bulat-bulat dan tidak dimainkan stesen-stesen radio Malaysia.

Namun, peristiwa itu tidak menjadikannya mudah kecewa dalam menyusuri perjalanan seni.

Misha yang baru muncul dengan single baru, Sampai Bila, bahkan lebih perkasa dan fokus demi cinta pada bidang seni.

Lantaran itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-18 itu juga berharap penyanyi muda yang bergelar 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) tidak sewenang-wenangnya mengibar bendera putih, hanya kerana masalah yang melanda.

Ketika ditemui laman Utusan Online semasa rakaman program terbitan saluran ntv7, I Can See Your Voice Malaysia, Misha yang nama sebenarnya, Samiha@Aisah Omar, berkata:

"Sebaik sahaja membuat keputusan menceburi bidang ini, setiap artis itu sepatutnya sudah sedia maklum dia bakal berhadapan dengan cabaran yang bukan mudah.

"Kefahaman seseorang itu dalam memempersiapkan dirinya terutama permasalahan bergelar penyanyi harus dititikberatkan terlebih dahulu sebelum memuktamadkan keputusan.

"Ini kerana ujian menjadi seseorang yang dikenali dalam bidang hiburan hadir dari pelbagai sudut dan zahir dalam pelbagai bentuk.

"Jika tidak kuat, maka akan timbullah pelbagai masalah yang sukar diselesaikan."

Enggan mengaitkan nama sesiapa, Misha menyedari ada beberapa artis baru yang dibelenggu ancaman serupa dan menegaskan, perkara tersebut tidak boleh dipandang mudah.

"Saya ulas hal ini secara umum. Sejujurnya, sepanjang pembabitan saya sebagai penyanyi, memang ada pasang surut bergelar anak seni. Kalau mahu menyentuh kisah jatuh bangun saya dalam industri, satu hari memang tak cukup nak diceritakan.

"Cuma yang boleh dikongsikan, lagu nyanyian saya pernah tidak dimainkan oleh radio-radio tempatan. Bukannya satu tetapi ada beberapa lagu yang mereka tolak.

"Sebab itu saya tertanya-tanya, kenapa perlu mengalah jika perjalanan seni itu berjalan dengan lancar?" persoal Misha yang turut menasihatkan anak muda agar berfikir dengan bijak dan membuat pertimbangan sewajarnya agar tidak mensia-siakan peluang yang terbentang buat mereka.


"Kefahaman seseorang itu dalam mempersiapkan dirinya terutama permasalahan bergelar penyanyi harus dititikberatkan terlebih dahulu sebelum memuktamadkan keputusan. Ini kerana ujian menjadi seseorang yang dikenali dalam bidang hiburan hadir dari pelbagai sudut dan zahir dalam pelbagai bentuk. Jika tidak kuat, maka akan timbullah pelbagai masalah yang sukar diselesaikan."
- Penyanyi, Misha Omar.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3